Saksi utama kes 'Geng Mamak' masih menghilangkan diri, ini kisahnya



Semuanya bermula pada 31 ogos 1994 ketika rakyat Malaysia sedang meraikan Hari Kemerdekaan ke-37, ketika itu PDRM tengah sibuk menguruskan keselamatan majlis sambutan yang berlangsung tetapi persiapan polis terganggu di sekitar jam 5 pagi apabila polis diberitahu kawasan kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang telah dirompak di mana jongkong emas bernilai lebih daripada 12 juta ringgit telah hilang.


Apabila mendapat maklumat ini polis terus bergegas ke tempat kejadian, setibanya di sana polis mendapati tiga pengawal keselamatn telah rebah dan diikat di satu sudut. 


Bila polis menyoal siasat pengawal-pengawal ini  mereka memberitahu bahawa polislah yang telah datang dan merompak mereka.Terkejut dengan tuduhan ini polis pun meminta rakaman CCTV daripada lapangan terbang berkenaan.


Perompak ini sememangnya sudah merancang rompakan dengan sangat teliti, tarikh 31 Ogos dipilih kerana pada waktu tersebut ramai kakitangan gudang ambil cuti sempena Hari Kemerdekaan., malah oleh kerana pada ketika itu tiada penjenayah di Malaysia yang berani dan amhir melakukan rompakan berskala besar.


Pihak polis mulanya menyangka jenayah licik ini telah dilakukan oleh geng penjenayah antarabangsa, ketika pihak polis cuba mencari identiti perompak emas ini berita sudah tersebar di dada-dada akhbar tempatan dan ramai rakyat Malaysia yang terkejut, Perdana Menteri Malaysia waktu itu Dr Mahathir Mohamad pun telah mengkritik pengurusan keselamatan di Lapangan Terbang tersebut dengan mengatakan "Saya mempersoalkan tahap tanggungjawab para pekerja dan sesiapa yang telah diberikan amanah ini mestilah bertanggungjawab di atas kecuaian dan kecurian yang berlaku, kalau jongkong emas boleh hilang daripada lapangan terbang tidak mustahil kapal terbang pun boleh hilang"


Malu akibat kritikan yang diterima daripada Perdana Mnteri pihak polis dengan segera telah menubuhkan satu unit khas untuk menjejaki pencuri tersebut. Pasukan khas ini diketuai oleh anggota polis yang paling terkenal ketika itu ialah Azizan Anan dan Amidon Anan atau lebih dikenali sebagai adik beradik Anan.


Walaupun pasukan ini dianggotai oleh pegawai polis yang terbaik mereka masih menghadapi masalah untuk mencari bukti yang mencukupi dan mengenalpasti suspek, hal ini kerana tumpuan polis masa itu masih lagi terarah kepada sindiket antarabangsa yang dipercayai melakukan rompakan ini.


Oleh sebab tidak menjumpai apa-apa kaitan dengan mana-mana sindiket antarabangsa polis pun mengalihkan tumpuan kepada geng-geng yang dalam negara dengan mengkaji semula setiap kes rompakan yang pernah terjadi Malaysia. 


Ketika melakukan kajian polis terkejut kerana ada satu geng di Malaysia masa itu menggunakan modus operandi yang sama dengan rompakan yang berlaku di Lapangan Terbang Subang di mana perompak ini akan menyamar sebagai pihak berkuasa sebelum mereka melakukan rompakan.


Hasil daripada maklumat ini, rupa-rupanya rompakan ini telah dilakukan oleh salah satu geng yang ada di Malaysia masa itu iaitu Geng Mamak, Kenapa mereka dipanggil Geng Mamak?


Sebab semasa polis menyoal siasat mangsa rompakan sebelum ini mereka mendakwa yang rupa paras perompak ini macam mamak. Walaupun pihak polis sudah mengetahui siapa yang lakukan rompakan tersebut tetapi bukan senang untuk menangkap penjenayah yang licik ini. 


Dengan teliti, Amidon dan pasukannya mula mengumpulkan profil detail mengenai ahli-ahli geng mamak, rupa-rupanya Geng Mamak ini telah dipimpin oleh lima beradik iaitu Mohamed Nor Abu Bakar 38, Rozlan Abu Bakar 35, Sharif Abu Bakar 32, Yusuf Abu Bakar 30, dan Amiruddin Abu Bakar 27.




Mereka pada awalnya telah dibesarkan di Kuala Kangsar Perak oleh ibu bapa yang mempunyai darah campuran di antara Sri Lanka dan Malaysia. walaupun ibu bapa mereka ini peniga akan tetapi kedua-duanya agak berkira dengan anak-anak sampaikan pada satu tahap adik beradik ini sanggup mencuri di sekitar kawasan kampung bagi memenuhi keinginan mereka. 


Mungkin kerana tabiat buruk yang suka mencuri ketika zaman kanak-kanak lagi mereka menjadi lebih berani apabila dewasa daripada memecah rumah dan kedai mereka beralih pula kepada jenayah yang lebih besar dengan kemuncaknya dengan merompak jongkong emas yang bernial 12 juta dari gudang simpanan lapangan terbang. 


Tetapi yang liciknya mereka kalau merompak tidak memakai senjata api pun, mereka hanya menyamar sebagai pihak berkuasa dengan menggunakan pakaian seragam anggota polis, JPJ ataupun Kastam.


Untuk pengetahuan di Malaysia kalau kesalahan membunuh, mengedar dadah, ataupun rompakan dengan senjata api pesalah biasanya tidak dibenarkan untuk diikat jamin. Sebab itu jugalah mereka tidak pernah menggunakan senjata api kalau merompak kerana mereka tahu ianya akan memberi kelebihan kepada mereka sekiranya ditangkap.


Kira-kira tiga ke empat bulan jugalah Geng Mamak ini tidak berjaya dikesan oleh pihak polis namun nasib tidaklah selalu menyebelahi mereka, setelah sekian lama memburu akhirnya Amidon berjaya mengesan salah seorang ahli Geng Mamak ini di Klang. Amidon yang dalam keadaan undercover masa itu mula mengejar kereta yang dipandu oleh penjenayah dengan menggunakan keretanya sendiri, tetapi malangnya penjenayah masa itu pakai kereta sport lagi laju dari kereta yang Amidon pakai.


Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga, begitulah nasib salah seorang ketua Kumpulan Geng Mamak iaitu Rozlan apabila dia akhirnya berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa, penangkapan Rozlan juga disusuli dengan tangkapan ke atas kira-kira 20 ahli Geng Mamak yang lain dan melumpuhkan operasi mereka. 




Walaupun pihak polis berjaya menangkap hampir kesemua anggota Geng Mamak tetapi piahk polis masih bingung di mana emas yang dirompak itu disembunyikan, kes ini tetap dibawa ke Mahkamah Seksyen Petaling jaya walaupun mastermind kumpulan ini Syarif Abu Bakar masih lagi bebas dan gagal dikesan, ketika pihak pendakwa raya menyediakan kes mereka Geng Mamak membuat satu lagi percubaan untuk melepaskan diri dari tuduhan jenayah dengan mengupah salah seorang peguambela yang terkenal di Malaysia Dato' Kumarendran.


Dato Kumarendran berjaya meyakinkan hakim dengan mendakwa pihak pendakwa mempunyai bukti yang lemah, sebenarnya pihak berkuasa memang menghadapi masalah ketika perbicaraan apabila tiada kesan cap jari tertuduh yang dapat dikesan di tempat jenayah dan pekerja-pekerja gudang itu pula tidak dapat mengecam muka penjenayah-penjenayah ini tetapi akhirnya salah seorang daripada ahli geng ini telah bersetuju untuk menceritakan segala jenayah yang telah mereka lakukan dan menjadikannya sebagai saksi utama dalam kes ini. 


Hal ini juga telah membawa kepada penangkapan mastermind kumpulan tersebut Sharif Abu Bakar, jongkong emas yang bernial 12 juta ringgit itu pula sampai sekarang polis tidak dapat mengesan, menurut keterangan ketika perbicaraan berlangsung emas-emas ini sebenarnya telah dileburkan sebelum ianya dijual bagi menghilangkan kod keselamatan yang ada pada setiap jongkong tersebut. 




Ketika pebicaraan sedang hangat berlangsung Geng Mamak telah berjaya mengelirukan pendakwaraya di mahkamah, kali ini saksi utama yang bakal menentukan nasib penjenayah-penjenayah telah hilang secara misteri dan sampai ke hari ini jugalah dia tidak dapat dikesan, disebabkan hal ini juga pihak mahkamah terpaksa membebaskan mereka apabila pihak pendakwa dan pihak polis gagal membawa saksi baru ke mahkamah ketika perbicaraan berlangsung.


Namun begitu kes ini masih lagi dibuka sehingga ke hari ini dan sekiranya saksi utama tadi muncul semula atau polis menjumpai bukti-bukti, baru mereka akan mendakwa lima beradik ini semula di mahkamah.


Kalau anda nak tahu sudah 26 tahun kes ini berlaku, namun sehingga ke hari ini masih tiada sesiapa yang disabitkan bersalah di atas jenayah rompakan emas paling besar yang pernah terjadi di Malaysia.

Post a Comment

0 Comments