Pada Sabtu lalu, tular beberapa video memaparkan
sebuah acara hiburan yang difahamkan berlangsung di gerabak milik Keretapi
Tanah Melayu Berhad (KTMB) baru-baru ini.
Menerusi beberapa foto dan klip yang tersebar di media sosial memaparkan
suasana pengunjung yang dilihat menari sambil mendengar lagu yang dipasang oleh
DJ di dalam tren yang sedang bergerak.
Throwback Thursday with Pinkfish Express 1st Anniversary & 1st in SouthEast Asia’s Festive Train https://t.co/yWa1npYUkR pic.twitter.com/IkZpeZBwR8
— Shahir (@ShahirSakiru) May 19, 2024
Menurut laporan media, acara tersebut yang dikenali sebagai Pinkfish
Express dan berlangsung pada 16 Mei lalu itu merupakan festival hiburan pertama
di Asia Tenggara yang diadakan di atas kereta api.
Difahamkan, ia juga merupakan acara pembukaan
untuk pesta utamanya iaitu Pinkfish Festival yang akan diadakan di Lembah Klang
pada bulan depan.
Susulan daripada video dan foto tersebar mengenai acara
tersebut, orang ramai tampil berkongsikan pandangan mereka di media sosial
dengan rata-ratanya memberikan respons agak negatif terhadap penganjuran
festival tersebut.
Bagi Amin Mohd Shukor, dia
berpandangan bahawa acara hiburan sedemikian disifatkan jelas tidak selari
dengan hasrat kerajaan yang berobjektifkan Malaysia Madani serta kaya dengan
adat ketimuran.
Dia yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Damansara
turut melahirkan kekesalan kerana penganjuran itu dipercayai melibatkan
kerjasama dengan KTMB yang merupakan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Artikel berkaitan: ISU DISKO BERGERAK: KTMB tambah baik garis panduan sewaan khas
"Pelbagai persoalan timbul sebenarnya, adakah GLC
dalam kerajaan sekarang sudah terdesak mencari untung dan populariti? Ataupun
sudah ada polisi baru bagi mana-mana GLC untuk fokus pada penganjuran sebegini.
"Menjayakan hasrat Kerajaan Madani perlu menjadi
aspirasi semua pihak. Lagi-lagi apabila melibatkan GLC Kerajaan, sepatutnya
KTMB lebih berusaha untuk cakna melakukan kempen-kempen yang selari dengan
hasrat Kerajaan Madani dan bukannya aktiviti sebegini yang merosakkan
pembentukan generasi.
"Oleh yang demikian saya mencadangkan agar kerajaan
lebih bertegas akan hal-hal seperti ini dan juga pihak pengurusan KTMB perlu
tampil untuk memberikan penjelasan dan bertanggungjawab sepenuhnya,"
tulisnya menerusi hantaran di Facebooknya.
Dalam pada itu, Ahmad
Saifuddin Amran pula tampil mempersoalkan bagaimana acara
sedemikian boleh dibenarkan untuk dianjurkan di dalam tren berkenaan.
Ini kerana menurutnya, ia dilihat bertentangan dengan
peraturan kebiasaan ditetapkan oleh pengendali pengangkutan terbabit.
"Bukankah di dalam gerabak kereta api tidak
dibenarkan membawa makanan dan minuman, dan berkelakuan sumbang?
"Bila ada pihak sewa keseluruhan gerabak, maka semua
larangan ini dibenarkan? Bermakna demi duit, KTM boleh sesuka hati menukar
peraturannya sendiri?" soalnya.
![]() | |
Terdahulu, Ketua
Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan bahawa penganjuran acara
hiburan itu telah mencemarkan nama baik KTMB yang merupakan aset bersejarah
negara. Katanya, pesta
itu juga dilihat bertentangan dengan budaya ketimuran yang mengutamakan nilai
tatasusila, kesopanan dan hiburan sederhana. Setakat laporan ini ditulis, pihak KTMB masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung acara tular terbabit. Sumber: Majoriti Artikel berkaitan: ISU DISKO BERGERAK: KTMB tambah baik garis panduan sewaan khas |
0 Comments