Polis wanita bakar suaminya hingga maut kerana habiskan wang main judi online


Kejadian berlaku di Jawa Timur Indonesia, seorang polis wanita di Mojokerto bertindak agresif dengan membakar suaminya yang juga seorang anggota polis dipercayai kerana masalah kewangan.


Pada awal kejadian, suspek berusia 28 tahun bertengkar dengan suaminya yang berusia 27 tahun kerana sakit hati wang belanja sebanyak 13 juta rupiah (RM 3,700) sepatutnya digunakan untuk keluarga dihabiskan bermain judi dalam talian.




Kedua pasangan ini dikurniakan 3 anak, anak pertama berusia 2 tahun dan anak kembar berusia 4 bulan. Wang yang sepatutnya dibelanjakan untuk keperluan anak-anak tapi habis digunakan suami untuk bermain judi online menjadi punca suspek sakit hati hingga terjadi pertengkaran antara mereka berdua.


Menurut keterangan ketua polis Jatim, suspek menyimbah minyak petrol ke muka dan badan suaminya ketika bertengkar. Malangnya di sekitar tempat mereka bertengkar ada sumber api yang tepercik hingga menyebabkan mangsa terbakar hingga 90%.



Anak-anak mereka berada di tempat pengasuh ketika itu jadi mereka tidak melihat kejadian tragis tersebut.


Semasa mangsa dikejarkan ke hospital, suspek sempat meminta maaf kepada mangsa kemudian mangsa telah disahkan meninggal dunia di hospital. 




Suspek telah ditahan atas tuduhan membunuh. 


Kredit: Liputan 7

Post a Comment

0 Comments