(Foto) - 'Pantai Klebang, Pantai Putri Melaka Bukan Pulau Langkawi'...

 


Setelah diperiksa dan membuat hebahan pematuhan SOP kepada para pengunjung, ada pengunjung yang masih tidak lengkap dos vaksin. Ia adalah satu kesalahan dalam Akta Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.


Terdahulu Balai Polis Tanjung Kling, Penguatkuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah serta Penguatkuasa Kesihatan Daerah Melaka Tengah datang membuat operasi bersepadu pematuhan SOP serta hebahan PPN Fasa 2 di Pantai Klebang dan Pantai Puteri.


Sesiapa yang tempoh vaksinasi belum matang diarah berjaga-jaga dan kekal duduk di rumah atau tidak melakukan aktiviti berkumpul.


Kelonggaran bagi rakyat yang sudah 2 dose tetapi perlu kekalkan sop lebih baik berbanding pada rakyat yang belum menerima sebarang dose mahupun 1 dose.


Sila ambil tahu dan terus bersama mematuhi SOP walaupun kemana sahaja anda berada.

Penguatkuasa mengompaun pengunjung Pantai Putri dan Pantai Klebang

Post a Comment

0 Comments