Ella 'Rock Bro' Di Mananya Sekarang?

 


Mirip Ella penyanyi rock tanah air, nama Amy Ziana meningkat nama menerusi lakonan pelbagai filem arahan arwah Mamat Khalid.



Pelakon yang digilap Mamat Khalid ini berasa syukur dengan beberapa panggilan beliau menjadi watak-watak dalam filem.


Mamat Khalid Sudah Tiada


Amy Ziana berkata dia percaya dengan rezeki kerana selain lakonan beliau juga boleh menyanyi.


Selain Berlakon, Menyanyi Pun Boleh


Lagu-lagu dalam cerita Rock Bro memang saya yang menyanyi seperti lagu Elly Mazlein, Ella, dan Dato Siti Nuhaliza tetapi saya bosan asyik nak tiru sama, saya lebih suka dengan cara tersendiri.




Amy Ziana atau Roziana Ali 31, turut menunjukkan kebolehannya menyanyi apabila menyampaikan lagu sembilu nyanyian asal Ratu Rock itu.


"Ramai puji saya kata berjaya menghidupkan watak ini, cuma berlaku kesilapan apabila penerbit terlepas pandang meletakkan nama saya di sepanduk dan poster filem sedangkan watak saya boleh dikatakan besar"


"Arwah abang Mamat pergi mesyuarat bersama penerbit, barulah perkara ini diberitahu namun sudah terlambat kerana semua poster sudah dicetak"


Memang ramai peminat sekarang sukar mencari profile saya di facebook mahupun instagram, mungkin tidak dikomersialkan secara besaran.




"Orang ramai tidak kenal saya dan susah untuk "follow" saya di Instagram dan Facebook, apabila ada program yang menjemput saya sebagai tetamu dan babak filem dimainkam semula baru orang mengenali saya yang membawa watak Ella dalam Rock Bro".


Selain Rock Bro Amy Ziana juga terus berlakon di bawah arahan Mamat Khalid seperti 16 puasa dan filem Semerah Padi.





"Saya sendiri berusaha untuk menaikkan nama dalam industri, cuma saya nak peminat tahu saya mampu membawa watak selain Ella jika diberi peluang".


Beliau juga telah menghasilkan single berjudul Dusta pada 2018 dan boleh didengar di channel youtube.


Amy juga telah berkahwin dengan Airol Irwan Limin 37 iaitu seorang penceramah motivasi dan peguam dan mempunyai seorang anak lelaki diberi nama Airol Ardani Airol Irwan.


Facebook


Instagram



Source: Amy Ziana Facebook, Instagram, Google image 

Post a Comment

0 Comments