Gara-Gara Terikut Cabaran Di Tiktok, Budak 4 Tahun Ikut Aksi Gan.tung Diri

 


Ia adalah platform media sosial yang dikatakan melalui perkembangan paling cepat di dunia. Tiktok membolehkan para pengguna membuat video pendek berdurasi 15 saat dan disertai dengan muzik, filter dan beberapa ciri kreatif lain.


Viral Tiktok Malaysia  memberikan kesan buruk terhadap keselamatan kanak-kanak?


Penggunaan viral tiktok malaysia ini dahulunya dikecam oleh kebanyakan rakyat, namun kini semakin digemari ramai.


Disebabkan oleh pengguna aplikasi ini terdiri golongan bawah umur, sebahagian besar daripada kita menyangka kewujudan aplikasi ini adalah tidak baik dan mampu memberikan pengaruh yang buruk.


Seperti detik hitam yang dilalui oleh seorang ibu ini. Dia menyatakan bahawa anak perempuannya bertindak menggan.tung diri selepas melihat cabaran di platform tik tok.



Menerusi The Northern Mindanao Times, seorang kanak-kanak berusia 4 tahun di negara Filipina dengan beraninya mengikuti aksi yang ditayangkan di Tiktok. Dia cuba bersembunyi di sebalik langsir dalam bilik tidur rumah dan mengikat bahagian lehernya menggunakan tali.


Seterusnya, dia cuba melompat-lompat lebih kurang tiga kali. Ibunya mengatakan bahawa mereka bernasib baik kerana menyedari perbuatan berkenaan dan segera menghentikannya.


Sebagai seorang ibu, tentu sahaja dia terkejut dan trauma memikirkan diri seandainya dia tidak berada di situ. Mungkin sekelip mata sahaja akan kehilangan anak perempuan tercinta.


Syukurlah saya ada di sana ketika dia melakukan percubaan menggantung diri. Bagaimana jika ditakdirkan saya tidak ada sana atau berada dalam bilik mandi?"


Saya memang tidak dapat membayangkannya. Dia mungkin akan terjerut dan meninggal dunia" ujar ibu mangsa.


Kandungan mesej mengajaknya buunuh diri


Dia menerangkan dengan lebih lanjut video yang dilihat oleh anak perempuannya di Tiktok.


Dalam video berkenaan, seorang kanak-kanak telah mengikat leher mereka dan kemudian berubah menjadi han.tu. Mungkin disebabkan inilah anak saya berasa tertarik untuk mencubanya, jelas wanita berkenaan.


Tambahnya lagi, anak perempuannya baru berumur 4 tahun ini tidak bersalah dan hampir kehilangan nyawanya kerana terikut-ikut dengan beberapa video di dalam aplikasi Tiktok ini.


Justeru saya menyeru agar ibu ayah untuk sentiasa memantau penggunaan gajet anak-anak, perhatikan gerak-geri mereka dan memastikannya berada dalam keadaan yang baik.



Paling penting adalah perhatian anak-anak dengan teliti dan juga kandungan yang mereka tonton. Anak yang sedang membesar pasti ingin mencuba apa sahaja perkara, katanya.


Selain itu, ibu ayah juga perlu mengambil berat tentang keselamatan anak-anak yang masih kecil ketika menggunakan jaringan internet. Macam-macam jenayah dan kejadian boleh dalam sekelip mata sahaja.


Tambahnya lagi, anaknya kini berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Dia juga kembali aktif seperti sedia kala.


Ibu ayah perlu mengambil pengajaran


Ini adalah peringatan kepada para ibu ayah. Meskipun anda berada di mana sahaja, amat penting untuk mengetahui apa yang si manja tonton dalam talian dan mengetahui segalanya yang anda tidak tahu.


Berhati-hatilah dengan apa yang mereka tonton dan pastikan menjaga keselamatan dalam talian. Jangan bersikap lepas tangan memberikan kebebasan kepada anak kecil terdedah pelbagai perkara ketika di alam maya.


Berhati-hatilah dengan apa yang mereka tonton dan pastikan menjaga keselamatan dalam talian. Jangan bersikap lepas tangan memberikan kebebasan kepada anak kecil terdedah pelbagai perkara ketika di alam maya.


Bukan itu sahaja, majoriti penggemar aplikasi Tiktok ini akan melakukan pelbagai gaya bebas mengikut kreativiti seperti menari, menyanyi bahkan ada menunjukkan aksi lucah.



Tanpa sedar, ramai ibu ayah tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh anak-anak ketika mereka berada di dalam bilik. Mungkin sahaja menari, mempamerkan bahagian tubuh yang tidak sepatutnya atau terpengaruh dengan pelbagai cabaran di Tiktok.


Kesimpulannya, kandungan seks.ual atau ganas yang ada dalam aplikasi Tiktok ini adalah tidak sesuai bagi tontonan kanak-kanak di bawah umur. Ia juga berupaya mewujudkan rasa gelisah dan tertekan pada diri anak kecil sekiranya tidak dapat menghasilkan video yang menarik.


Jadi ibu ayah hendaklah menerangkan akan bahaya Tiktok ini dan mengapa perlu melindungi diri dari menjadi sasaran penjenayah siber mengikut kesesuaian umur anak.

Post a Comment

0 Comments