"Gila Dan Didakwa Tak Betul, Saiful Apek Dimarahi Peminat Jangan Terlampau Sedih Kerana Kucing Mati"

 


Menerusi satu perkongsian @saifulapek di Instagramnya mendapati ada seorang individu tidak cukup senang dengan sebuah posting Saiful Apek yang mana pelakon itu luah rasa sedih apabila kucing kesayangannya telah pergi menghadap ilahi.


Pelakon dan pelawak berbalas komen dengan seorang netizen itu terlihat sentiasa beri ayat yang penuh hikmah dan baik, tapi sikap individu itu kita boleh nilai mesti dia seorang tidak sukakan binatang seperti kucing.


Individu itu memulakan komen sebegini: 


"Kucing mati pun kau nak sedih Apek? 


Apek:


"Sebab sekecil2 nyawa sy belajar tentang kebesaran pencipta.


Individu: 


"Iblis boleh mencelah dalam perasaan kasih dan sayang..yang perlu disayangi adalah diri sendiri...bukan haiwan...rasa belas kasihan kepada haiwan perlu ada batasnya..kalau sudah sampai menangis itu dah bab lain...


Apek:


"Iblis paling besar dalam diri kita ialah 'NAFSU'...baru disusuli ke celah2..mungkin saya terlalu mewarisi sifat ibu saya & Abu Hurairah, maaf jika saya salah & jahil


Kata Apek lagi:


"Sebenarnya sy sedih tak dapat jadi sebaik makhluk kecil itu..sentiasa taat & tdk pandai bermain dgn kata2..


Individu:


"Sudah le pek..kucing itu haiwan..jauh beza dengan manusia...



Warga netizen semua memberi kata semangat kepada Apek supaya bersabar dan jangan dilayan orang sebegitu, cara cakap pun bukan seorang penyayang dan hati keras.


Apa komen anda dengan sikap individu seperti ini?

Post a Comment

0 Comments