Haramkan Kedai Nombor Ekor Di Kedah

 


Datuk Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor yang menerajui kerajaan Kedah akan mengharamkan semua kedai nombor ekor daripada terus beroperasi dgn tdk memperbaharui lesen perniagaan mereka. Kerajaan Kedah turut memutuskan untuk mengehadkan penjualan minuman keras di semua premis, khususnya kawasan luar bandar yang tiada permintaan...


“Kerajaan tidak akan beri lesen (baharu), kalau you nak beli (nombor ekor), beli di Pulau Pinang.


“Saya Islam tak boleh main judi. Nanti kat akhirat saya kena tanya, aktiviti macam ni anda buat apa? Kalau saya cakap saya tak buat, saya kena tibai. Sementara saya ada kuasa, baik saya gunakan,”


“Manfaat kepada premis judi tak banyak pun, melainkan hanya tauke saja yang untung, (selain itu) lebih banyak mudarat kepada orang ramai,”


“Kita juga telah berbincang dengan kedai bebas cukai di Langkawi dan kedai lain yang tidak mempunyai lesen, tidak lagi menjual arak secara terbuka untuk menjamin akal fikiran rakyat kita agar kekal waras.”

Post a Comment

0 Comments