Kenangan Primadona Azean Irdawaty, Ditakdir Menghidap Kanser Payudara Sebelum Merebak Teruk Menjadi Kanser Tumor

 


Masa mula admin dengar pelakon ini sakit mengalir air mata admin, rasa sekejap je tengok arwah berlakon sebab beliau terus bersara dari dunia lakonan, paling best bergandingan dengan Ellie Suriaty. 


Kenali Azean Irdawaty




Nama penuh Azean Irdawaty  Yusof lahir pada 27 Februari 1950, pada awal era 70 an Kak Yan popular sebagai seorang penyanyi kemudian rezeki yang tak disangka Kak Yan meledak dalam dunia lakonan pada akhir 70 an dan awal 80 an.


Lahir di Alor Setar Kedah, bermula aktif pada 1970, dikurnikan tiga cahaya mata iaitu Khaeryll Benjamin, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty.


Menderita Selama Lima Tahun





Azean Irdawaty menderita sejak lima tahun lagi dari tahun 2008, bermuka diuji dengan sakit kanser payudara, sehingga ia menjadi kritikal terus merebak dan kepada Kanser Tumor. Sewaktu tu Kak Yan memang keluar masuk hospital sebelum dia disahkan menghidap barah payudara yang serius.


Pernah arwah memberi kata nasihat pada sesi temuramahnya ketika itu, sentiasa periksa sendiri dada jika terlambat nanti menyesal tak guna, boleh juga cara biopsi doktor akan ambik sedikit tisu di dalam badan untuk mengenalpasti kanser wujud ke tak dalam badan kita.


Kata-kata itu masih ingat lagi dalam diri ini, membuat kita sentiasa waspada dan ambil peduli mengenai diri.


Akhirnya Seniwati Azean menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya kira-kira jam 8.30 malam Selasa 17 Disember 2013 di hadapan suami Khairil Anwar dan juga anak-anak. 


Kerjaya


Azean Irdawaty, mencipta nama di layar perak pada akhir 70-an setelah membintangi filem Esok Masih Ada arahan Tan Sri Jins Samsudin. Azean yang pernah popular dengan lagu Bawalah Daku Bersamamu pada tahun 1980-an. Di layar perak, Azean merupakan pemenang sebanyak dua kali trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festiva Filem Malaysia Pertama pada tahun 1980 menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada tahun 1982 pada FFM3.


Sepanjang penglibatannya dalam seni, beliau banyak berlakon filem termasuklah filem Mama Oh Mama, Perjanjian Syaitan, Perempuan, Bintang Malam, Sutera Putih, Baginda, Layar Lara, Mami Jarum Kembali dan Waris Jari Hantu serta berpuluh-puluh drama televisyen tempatan.


Beliau juga dikenali menerusi watak Auntie Zai lakonan terbaiknya dalam filem Layar Lara arahan Datin Paduka Suhaimi Baba. Menerusi watak Tok Wan dalam filem Waris Jari Hantu, sekali lagi Allahyarhamah membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM pada 2008. Filem terakhir lakonannya ialah menerusi filem terakhir arahan Allahyarham Yasmin Ahmad, Talentime pada tahun 2009.


Selain filem, beliau turut dikenali di skrin televisyen antaranya drama Aishah 50 Sen, Ratu Jamu, Kembali dan Najihah.


Filem





 

Drama





Telefilem


Anugerah

  • Pelakon Wanita Terbaik (FFM) 1980 :: Esok Masih Ada
  • Pelakon Wanita Terbaik (FFM) 1982 :: Langit Petang
  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (FFM) 1997 :: Amelia
  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (FFM) 2008 :: Waris Jari Hantu
  • Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2005 :: Kembali
  • Pelakon Wanita Terbaik Filem Anugerah Skrin 1998 :: Baginda
  • Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 1998 :: Najiha
  • Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Seri Angkasa 1989/1990 :: Drama Bila Patah Ranting
  • Anugerah Biduanita Veteran Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005


Salam takziah, semoga Seniwati Azean Irdawaty ditempatkan bersama mereka yang beriman, dirahmati Allah, dihapus dosa, segala kenangan lakonan kami akan merinduinya. Hingga berjumpa lagi. 






Arwah Benjy bersama adiknya Erza Irdalynna


Post a Comment

0 Comments