Kerana Pembesar Suara 3 Lelaki Direman Kerana Membunuh

 


Ipoh - Tiga lelaki termasuk dua beranak direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki di pasar pagi Flat Jalan Ashby di sini.


Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.


Reman terhadap suspek berusia 60 tahun dan anak lelakinya 34 tahun serta seorang lagi berusia 47 tahun itu bermula Jumaat dan akan berakhir Khamis depan.


Kesemua suspek yang ditahan pada Khamis itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Sebelum itu, ketiga-tiga suspek tiba di Kompleks Mahkamah Ipoh dengan menaiki van dan diiringi anggota polis pada jam 10.47 pagi.


Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi pada Khamis, empat lelaki didapati bertengkar berkaitan kes kecurian pembesar suara milik salah seorang daripada suspek.





Mangsa dikenali Muhammad Noor Faqih Mohamed Ariffin, 29, bagaimanapun disahkan maut dalam pergelutan itu dan polis turut merampas sebilah pisau lipat yang ditemukan di lokasi kejadian.


Berita Sbelum: Lelaki Maut Dicek1k Hanya Kerana Speaker

Post a Comment

0 Comments