Lihat Hasil Forensik Sejumlah Tekapan Seterika Pada Badan ZulFarhan, Ibunya Terus Nak Pengsan Dan Trauma Mahu Hantar Anak Lain Sambung Belajar

 


Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan lapan belas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah dijatuhkan bersalah menyebabkan kematian seorang pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain.


Enam daripada lapan belas didakwa di bawah seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian tetapi dengan tanpa niat membunuh dan telah dijatuhkan hukuman penjara selama 18 tahun.


Manakala 12 lagi penuntut didakwa bersalah kerana sengaja mendatangkan kecederaan kepada mangsa selepas memaksa mangsa untuk mengaku mencuri komputer riba.


Melalui pelbagai proses dan prosiding termasuk hasil forensik mendapati terdapat 90 jumlah tekapan pada badan arwah yang telah menyebabkan kematian mangsa namun dikatakan tiada niat membunuh.



Pakar Perubatan dan Forensik Hospital Serdang mengesahkan kematian Zulfarhan bukan kematian mengejut tetapu kematian hasil dari kecederaan yang serius.


Tertuduh pertama, kedua, keempat, kelima dan keenam mengaku menekap mangsa satu hingga dua kali, manakala tertuduh ketiga tidak mengaku menekap namun disangkal tertuduh keenam kerana dia melihat tertuduh ketiga juga menekap mangsa.


Hasil bedah siasat mendapati terdapat 90 kesan luka lecur di hampir keseluruhan badan termasuk kedua-dua belah punggung dan zakar mangsa.



Pada 21 dan 22 Mei 2017, Zulfarhan Osman telah dibawa ke bilik 03-05 Blok Jebat jam 2.30 pagi dan bermula sesi memukul mangsa oleh tertuduh bertujuan untuk mendapatkan pengakuan mangsa.


Pada 22 Mei 2017, jam 4.45 pagi hingga hampir Subuh, mangsa mula diseksa dengan menggunakan seterika wap oleh Muhammad Akmal, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif, Mohamad Shobirin atas arahan Muhammad Hasif apabila mangsa tidak mengaku mencuri komputer riba berkenaan.




Post a Comment

0 Comments