Masak Tak Sedap Punca Pembu.nuhan Rakan

 

Gambar kiri sekadar hiasan

5) Dibu.nuh Kerana Berang Cara Bawa Motor Di Thailand


Masih ingatkah lagi pembu.nuhan rakyat Malaysia Mohd Nizam Ahmad Basrah pada pagi 16 Mei 2016 di Hatyai Thailand.


Menurut Penolong Ketua Polis Songkhla suspek bernama Warawut Muangmin berusia 25 tahun tidak puas hati dengan cara tunggangan Mohd Nizam di sana. Mangsa dit3mbak oleh suspek dalam kejadian awal pagi 3.30 ketika mangsa sedang membawa motosikal seorang diri menghala ke sebuah hotel di Hatyai. 


Mohd Nizam yang berasal dari Pulau Pinang itu ma.ti di tempat kejadian, motif pembu.nuhan itu adalah motosikal mangsa secara tiba-tiba memotong motosikal dinaiki suspek bersama rakannya menyebabkan suspek terkejut dan berasa marah bertindak melepaskan tembakan. 


Suspek yang bekerja sendiri itu ditahan pihak polis ketika suspek berada dalam sebuah van di Jalan Tak-Lampan. Maklumat didapati polis selepas melihat rakaman kamera tertutup CCTV  menunjukkan wajah suspek. 





4) Kerana Ditolak Cinta Sanggup Membu.nuh 


Seorang lelaki berusia 24 tahun ditahan pihak polis selepas disyaki telah membu.nuh seorang wanita ibu tunggal warga Thailand di jalan Gua Musang - Kuala Berang selepas cintanya ditolak. Mangsa yang tua lebih 20 tahun daripada suspek itu tidak melayani permintaan suspek untuk menerima cintanya.


Dalam kejadian 5 Oktober 2021, sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah mengesan ma.yat mangsa yang dibuang separuh bogel di tepi longkang jalan utama, sebelum menemui beg tangan dan barangan peribadi mangsa di dua lokasi berlainan tidak jauh dari mayat mangsa.

 




Dalam kejadian jam 12 tengah hari hari selasa  suspek bertindak mence.kik dan memu.kul dahi mangsa dengan menggunakan tukul besi di kedai makan keluarganya. Selepas didapati mangsa tidak bernyawa suspek bertindak meng.heret masuk ke dalam bonet kereta sebelum membuang ma.yatnya. 


Selang sehari penemuan ma.yat mangsa Siti Padimoh Adae berusia 44 tahun, polis telah menahan tujuh sekeluarga berumur dari 21 hingga 64 tahun yang merupakan majikan kepada wanita terbabit di Felda Chiku bagi membantu siasatan.


3) Kerana Dimarahi Isteri, Bu.nuh Pekerja Sendiri


Gara-gara tidak berpuas hati akibat dimarahi isteri, seorang lelaki nekad membu.nuh seorang lelaki warga Bangladesg MD Ovaidul Khan 32, sebelum membuang mayatnya ke dalam Sungai Kinta Kampung Gajah pada 18 Disember 2018. Mayat mangsa ditemui ma.ti dalam keadaan terapung selepas tersangkut pada pokok di Sungai Kinta dengan keadaan kaki kanan diikat dengan sebuah motosikal dipercayai digunakan sebagai pemberat untuk menenggelamkan ma.yat mangsa.


Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata pada hari kejadian suspek yang berumur 21 tahun memberitahu isterinya dia telah keluar makan bersama mangsa yang juga pekerja di ladang lembu milik keluarganya di Kampar. 


Suspek tidak berpuas hati dengan mangsa kerana menyebabkan dia dimarahi isterinya dan isu tersebut melarat sehingga suspek nekad membu.nuh mangsa sebelum dibuang ke dalam sungai. 


Hasil risikan dan siasatan, pihak polis menahan suspek di rumahnya di Kampar kira-kira 3.15 petang Isnin 24  Disember 2018, siasatan awal mendapati mangsa dibu.nuh sebelum dibuang di Sungai Kinta kira-kira 10 kilometer dari ladang mereka bekerja. 




2) Masak Tak Sedap Punca Pembu.nuhan




Seorang pekerja ladang warga tempatan ma.ti dibu.nuh rakan sekerjanya dalam perselisihan faham selepas ditegur kerana masakannya tidak sedap dan disediakan dalam keadaan tidak bersih, Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zuhdin Mahmud  berkata dalam kejadian pukul 9.05 pagi 17 April 2017 lelaki yang berusia 59 tahun ditemui dalam keadaan tertiarap di hadapan pintu rumah pekerja Ladang Estate Belenggu Halt, Mentakab. Siasatan mendapati mangsa telah berselisih faham dan bergaduh dengan seorang lagi pekerja ladang lelaki berusia 35 tahun pada 10 malam, Ahad 15 April 2017 yang tidak berpuas hati dengan masakan mangsa.


Siasatan awal mendapati mangsa patah 9 tulang rusuk kiri, 11 tulang rusuk kanan, retak tulang hidung dan tulang rahang, luka di tapak tangan kanan, patah tulang tangan kiri dan mengalami pendarahan dalam kepala. Suspek pula dipercayai diten.dang, dipu.kul dengan kayu dan juga diserang menggunakan pa.rang, polis berjaya menahan suspek yang juga warga tempatan pada pukul 11 pagi di ladang berkenaan dan siasatan awal mendapati suspek mempunyai enam rekod jenayah melibatkan kesalahan dadah dan jenayah.


1) Kerana Pisang 




Seorang lelaki ditemui ma.ti di belakang sebuah rumah di Kampung Tebakang, Bukit Payong pada 3 Disember 2018.  Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, lelaki yang dianggarkan berusia 30-an itu ditemui dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah siasatan awal di tempat kejadian memang menemui pisang berhampiran lokasi kejadian kerana rumah berkenaan dipercayai milik peniaga pisang. Bertindak pantas dengan hal itu, 3 suspek ditahan polis untuk tindakan lanjut. Seorang pekebun dan anak saudaranya berusia 14 tahun ditahan reman selama lima hari untuk membantu siasatan kes bu.nuh ini. Suspek utama merupakan pekebun pisang datang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang pada malam kejadian. Suspek kedua dipercayai rakan mangsa yang turut terlibat mencu.ri pisang dan suspek ketiga merupakan anak saudara pekebun tersebut ditahan untuk membantu siasatan kerana berada di lokasi kejadian.


Siasatan awal mendapati, suspek mengesyaki mangsa berusia 42 tahun itu dan seorang rakan mencuri pisang dari kebunnya di Alor Limbat, Marang sebelum menuju ke lokasi kejadian untuk menjual buah berkenaan kepada peraih. Suspek yang dipercayai mengekori kedua-dua lelaki berkenaan kemudian mendatangi mangsa bersama anak saudaranya.


Mangsa kemudian ditemui ma.ti dalam keadaan meniarap dipercayai dipu.kul menggunakan objek keras di belakang kepala berdasarkan kecederaan yang dialaminya. Ujian air kencing dijalankan terhadap ketiga-tiga suspek mendapati kesemua mereka positif methamphetamin. Polis percaya insiden pembu.nuhan itu bermotifkan geram.




Post a Comment

0 Comments