Menjengah Usia 50 Tahun Wajah Tak Dimamah Usia, Jodoh Still Sesat - Nasha Aziz

 


Nasha Aziz digelar supermodel Malaysia kerana mempunyai ketinggian 1.73m yang jarang wanita Malaysia miliki. Noraishah Binti Abdul Aziz atau Nasha Aziz dilahirkan pada 14 Mei 1971 genap usia 50 tahun pada tahun ini. 


Mengimbau kembali penglibatan model dan pelakon cantik ini dalam arena hiburan, Nasha Aziz bermula dengan peragaan dari tahun 1989 setelah diperkenalkan oleh Tiara Jacquelina.



Banyak Terima Tawaran Peragaan


Tersohornya Nasha ini sehinggakan mendapat tawaran kontrak dari peragaan di New York, Amerika Syarikat. Bukan biasa-biasa tau! Sejak itu bermacam produk yang menampilkan wajah Nasha Aziz ini sebagai cover girls mereka dan bermacam drama serta filem yang menjadi taruhan untuk artis ini.


Dalam perkembangan terbaru, namanya mula disebut-sebut gara-gara muncul dalam telefilem Mak Nak Peluk Boleh yang disiarkan di TV3. Ramai peminat merindui wajah Nasha Aziz dan dengan kemunculan ini membuatkan penonton mengimbau zaman kegemilangannya dahulu.



Jarang Berkongsikan Aktiviti Harian


Melihat kepada akaun instagram model jelita ini pula, dia sangat jarang berkongsikan aktiviti harian atau urusan peribadi bersama peminat. Dia hanya lebih kepada promosikan hasil kerja lakonan dan juga bergambar dengan rakan artis yang lain sewaktu di set penggambaran.


Sehingga hari ini, Nasha Aziz masih lagi bersendirian sehinggakan ramai peminat tertanya-tanya bila dia ingin menamatkan zaman bujangnya itu. Akui Nasha, dia sering disapa soalan sedemikian, bukan setakat dari peminat, malah rakan-rakan terdekat.



Bahagia Hidup Bersendirian


Sudah pasti sesiapa pun inginkan keluarga dan hidup berpasagan. Hanya doakan terbaik untuk dia dipertemukan dengan jodoh. Tambahnya lagi, meskipun sehingga kini dia hidup bersendirian namun dia tetap bahagia dengan aktiviti solo.


Tambah Nasha lagi, dia tidak menganggap kehidupan solo itu suatu kelemahan. Kebahagiaan bukan bermakna dengan ada suami di sisi, bahkan kita sentiasa mensyukuri segala nikmat yang kita kecapi sehingga saat ini.


Nasha Aziz bagaimanapun tidak menolak sekiranya ada jodoh. Selama ini pun dia ada je keluar dating dengan mana-mana lelaki. Sayangnya, tiada persefahaman dan tidak berjumpa dengan yang serasi.


Jodoh ini adalah rahsia Tuhan. Usaha segigih mana sekali pun tanpa restuNya sudah pasti tidak akan ke mana. Apa pun sama-sama kita doakan agar Nasha Aziz dipertemukan dengan jodoh yang baik dan sesuai dengan kehendaknya kelak.

Post a Comment

0 Comments