Tahukah! Rekod Anugerah Bintang Paling Popular Artis Ini Belum Dipecah Lagi

 


Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) mula diperkenalkan pada tahun 1987 oleh Datuk A Nazri Abdullah seorang Pengarah Kumpulan Berita Harian.


Mengikut sejarah terdapat 50 lebih kategori telah dipertandingkan yang telah diubah formatnya dari masa ke masa, contoh ada satu anugerah ni silap-silap kita semua tak pernah dengar iaitu Anugerah Aksi Selfie Popular yang dipertandingkan pada tahun 2015 sahaja, mengikut maklumat sebanyak 17 anugerah saja yang masih dikekalkan hingga hari ini.


Pemenang Bintang Paling Popular 


1. 1987 - Fauziah Ahmad Daud (Kak Ogy)



2. 1988 - Ramlah Ram



3. 1990 - Kumpulan Search



4. 1991 - Aishah



5. 1992 - Zainal Abidin



6. 1993 - Eman Manan



7. 1994 - Sofia Jane



8. 1995 - M.Nasir



9. 1996 - Ziana Zain



10. 1997 - Datuk Siti Nurhaliza 



11. 1998 - Datuk Siti Nurhaliza



12. 1999 - Datuk Siti Nurhaliza



13. 2000 - Datuk Siti Nurhaliza



14. 2001 - Datuk Siti Nurhaliza



15. 2002 - Rosyam Nor



16 - 17. 2004 - Saiful Apek



18. 2005 - Mawi



19. 2006 - Mawi



20. 2007 - Mawi



21. 2008 - Mawi



22. 2009 - Nabil Ahmad



23. 2010 - Datuk Siti Nurhaliza



24. 2011 - Shaheizy Sam



25. 2012 - Aaron Aziz



26. 2013 - Shaheizy Sam 



27. 2014 - Aaron Aziz



28. 2015 - Shaheizy Sam



29. 2016 - Neelofa



30. 2017 - Fattah Amin



31. 2018 - Wany Hasrita



32. 2019 - Mira Filzah



33. 2020 - Haqiem Rusli



34. 2021 - Janna Nick 



Setakat ini rekod bintang paling popular dipegang Datuk Siti Nurhaliza dengan enam tahun dinobatkan sebagai bintang paling popular Anugerah Berita Harian iaitu pada 1997,1998,1999,2000,2001 dan 2010. Diikuti Mawi dengan empat tahun berturut-turut 2005,2006,2007 dan 2008.




Post a Comment

0 Comments