Wanita Meninggal Dunia Ketika Mendaki Bukit Bohey Dulang, Semporna

 


Kakitangan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) meninggal dunia ketika mendaki Bukit Bohey Dulang di sini, pagi hari ini.


Mangsa dikenali sebagai Rozlina Sharina Rosedi, 40, berasal dari Perlis dan bertugas di Putrajaya.


Ketua Polis Daerah Semporna Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, mangsa dipercayai mengalami sesak nafas ketika melakukan aktiviti berkenaan pada 10.13 pagi.


Menurutnya, mangsa bersama dua lagi rakan wanita dikatakan pergi ke pulau terbabit untuk melakukan aktiviti mendaki.


"Ketika mendaki, mangsa dikatakan mengadu sakit dada dan sesak nafas sebelum tidak sedarkan diri.


"Kakitangan Taman-Taman Sabah memberi bantuan kecemasan sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Semporna untuk mendapatkan rawatan lanjut.


"Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut oleh doktor di hospital berkenaan mengesahkan mangsa meninggal dunia," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.


Mohd Farhan berkata, mayatnya dirujuk ke Hospital Tawau untuk proses bedah siasat dan mengenal pasti punca kematian.


"Siasatan lanjut masih dijalankan dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya.


Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman amin ya Rabb








Sumber: Harian Metro

Post a Comment

0 Comments