You Are Special One, Sis! Wanita Ini Memiliki Golden Blood Hanya 1 Di Malaysia

 


Seorang wanita daripada Terengganu memiliki darah paling unik atau rare dalam dunia yang disebut sebagai RH Null atau Golden Blood. 


Menurut Pusat Penderma Darah Terengganu, kumpulan darah penderma ini ialah Rh Null, iaitu kumpulan darah paling sukar ditemui di dunia. 


Setakat ini hanya ada 43 orang sahaja di seluruh muka bumi mempunyai kumpulan darah tersebut. Di Malaysia? Hanya beliau seorang setakat ini. 


Darah yang didermakan akan dihantar ke Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur untuk disejuk bekukan dan seterusnya akan disimpan dalam peti nitrogen -80 darjah celsius selama 10 tahun. Jika ada pesakit yang memerlukan darah jenis ini, maka darah ini akan dicairkan untuk digunakan.


You are the special one, sis! Katanya. 


Bagaimana Kumpulan Darah Ini Terhasil? 


Ia berlaku melalui mutasi gen. Waris mereka tidak semestinya memiliki darah RH Null. Mereka juga boleh terdiri daripada golongan kumpulan darah yang biasa ditemui. Tetapi disebabkan mutasi gen, maka terhasillah darah RH Null dalam diri seseorang individu. Dalam kumpulan darah RH Null mereka tidak memiliki sebarang antigen di dalam darah dan tidak boleh diklasifikasikan. Manakala darah normal mempunyai 342 molekul antigen yang menggalakkan penghasilan protein antibodi serta darah normal boleh diklasifikasikan sehingga 35 jenis kumpulan darah. 


Mengapa Pula Darah Ini Digelar Golden Blood? 


Setiap darah manusia ada antigen, dan setiap penerima darah perlu menerima darah yang tidak mempunyai antigen berlawanan dengan darah asalnya. Sebab itu, golongan dan jenis darah diklasifikasikan supaya mudah untuk penerima darah menerima jenis darah yang bersesuaian untuk mengelak  berlaku penolakan darah selepas transfusi.


Contohnya pesakit darah B menerima darah jenis B manakala pesakit darah AB boleh menerima darah jenis A, B dan AB. Klasifikasi ini boleh dilihat pada jadual di bawah: 




Namun lain pula dengan RH Null. Darah ini tidak mempunyai antigen dan dipanggil sebagai darah paling 'natural'. Darah rare ini boleh diterima oleh setiap manusia di muka bumi ini. Hal ini disebabkan tidak akan berlaku penolakan darah disebabkan antigen yang berbeza kerana darah RH Null tidak mempunyai antigen. Sebab itu ia dipanggil sebagai 'Golden Blood' kerana ia boleh menyelamatkan nyawa sesiapa sahaja yang memerlukan darah. 


Namun begitu, individu yang memiliki darah Golden Blood cenderung menghidap anemia (kekurangan darah). Oleh itu, mereka hanya dapat menderma darah 2 kali setahun. Golongan ini hanya dapat menerima darah RH Null sahaja. Sebab itu, mereka perlu menderma untuk kegunaan diri mereka sendiri. 


Dapat ilmu baru hari ni? Netizen turut berkongsi fakta menarik








Post a Comment

0 Comments