Lelaki Hampir Maut Ketika Menggunakan Bahan Peluntur Di Tandas

 


Bahan peluntur sememangnya biasa digunakan untuk mencuci tandas dan bilik mandi. Ia mampu melunturkan kotoran degil di bahagian dinding dan lantai. Namun,  bahan peluntur mengandungi bahan kimia yang tinggi dan bau yang cukup kuat dan mampu mengganggu sistem pernafasan badan.


Sebelum ini dilaporkan seorang lelaki tua berbangsa Cina ditemui pengsan selepas menggunakan bahan peluntur sambil membersihkan tandas. Baru-baru ini pula, perkongsian daripada FB Hana Mashitah berkaitan suaminya hampir maut ketika menggunakan bahan  peluntur perlu diambil iktibar pada semua. Ikuti perkongsiannya.


Semalam anak² dan Hana almost lost him forever! Tau ape dia buat? Dia bukak Clorox dan sustain yang beli kat kedai Eco tu, simbah dalam toilet nak cuci sambil pintu toilet tu tutup. Dia pulak duduk dalam tu.


Sekali dengar dia batuk tak berhenti, muntah² dan datang depan muka pucat  tak boleh nafas. Terbaring kat depan, then dia senyap! Sekali ingat tidur, rupanya collapse dan mulut berbuih teruk.


Racun bahan pencuci tu penuh dalam dada dia. Anak² pakat jerit panggil papa. Dalam 15 minit jugak macam tu aku panggil, baru sedar.


Minta kawan dia beli air kelapa bagi minum, bagi dia release, baru nampak merah balik muka then boleh bernafas normal tapi dada ada sakit lagi.


Memang time gaduh aku rasa geram jer nak tinggal dia terus, tapi aku tak sanggup untuk hadap lagi kehilangan forever. Anak² aku jugak semalam semua risaukan papa dia. Rasa putus nyawa aku sekejap.


Allah panjangkan lagi umur dia alhamdulillah. Korang jangan cuba2 buat kat rumah macam tu ye.


Peringatan selepas mèletakkan bahan peluntur, sila keluar dari bilik air dan tinggalkan dalam 30minit . Setelah itu  jirus segera dengan air.

Post a Comment

0 Comments