"Aku berdoa hajat yang aku rasa mustahil di depan Kaabah dan Allah makbulkan" - Noreen pasrah sempat jumpa bapa sebelum meninggal dunia




Pempengaruh bernama Noreen berkongsi yang ayahnya telah meninggal pada hari ini. Tambah memilukan inilah kali pertama Noreen berjumpa ayahnya selepas terpisah. 


Ayah Noreen meninggal di wad hospital, namun beliau sempat berjumpa ayahnya sebelum menghembuskan nafas terakhir. Noreen juga berkata, inilah doanya semasa mengerjakan umrah pada tempoh hari. Walaupun sangat mustahil, tetapi dengan kuasa Allah, Noreen dapat berjumpa ayahnya sebelum meninggal dunia. 




Semoga ayah Noreen,  ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Ayahnya, Mohamed Yunus Bin Alwi  meninggal pada usia 85 tahun.


Sebelum ini, Noreen mengejutkan ramai dengan penghijrahannya apabila tampil berhijab. Malahan selepas berhijab, Noreen mengambil keputusan memadam semua gambar- gambarnya yang tidak berhijab sebelum ini. Noreen juga membuat keputusan untuk menunaikan umrah dan memulakan kehidupan yang baru.



Kredit: IG Noreen

Post a Comment

0 Comments