"Beri ruang kepada kami" - Aslam


Selepas hampir dua minggu berdiam diri, suami kepada pempengaruh Marissa Dania Hakim, iaitu Aslam, akhirnya berjaya dijejaki, namun, enggan memberi kerjasama kepada media.


Aslam ketika ditemui media tempatan bagaimanapun memohon ruang untuk mendamaikan masalah yang berlaku.


"Saya minta mana-mana pihak media untuk beri ruang kepada kami," katanya ringkas.


Ditanya mengenai dakwaan sudah bernikah dengan Marissa yang juga anak kepada pasangan selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim, Aslam enggan mengulas lanjut.



"Saya tiada komen (sudah berkahwin dengan Marissa)," katanya.

Post a Comment

0 Comments