"Emma tak reti membaca, so susah untuk membaca skrip.. belajar pun sampai tingkatan 2” – Emma Maembong


Video Emma Maembong Kongsi Cerita Bagaimana Dia Menghafal Skrip Ketika Dia Tidak Tahu Membaca Dahulu Dan Akhirnya Pandai Membaca Raih Pujian Ramai. Wahh Baiknya Kawan Emma Tu, Untung Emma. Macam Tu Rupanya Emma Hafal Skrip !!


Meninjau di akaun TikTok milik wanitamatahari  telah dikongsikan satu video yang memaparkan pelakon Emma membuat video dan berkongsi cerita tentang dirinya. Difahamkan video ini, Emma menjawab salah satu pertanyaan daripada peminat mengenainya.




Peminat tersebut menulis pernah membaca satu artikel mengatakan Emma tidak pandai membaca dan dia berasa hairan kerana ketika Emma membuat video live, Emma boleh membaca setiap komen-komen daripada para peminatnya dan adakah artikel yang dibacanya dahulu tidak benar.


Emma berkata ianya benar dahulu dia tidak pandai membaca dan menjadi masalah ketika di awal kerjayanya sebagai pelakon kerana perlu membaca skrip drama yang diterima. Namun begitu, kata Emma lagi, dia berterima kasih kepada seorang sahabat baiknya bernama Nana Rosyam.





Akui Emma, sahabat baiknya itu lah banyak membantunya untuk membaca skrip drama dan Emma mengikuti apa yang dibaca oleh Nana. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet dan sehingga kini menerima ratusan komen daripada warganet.


Tonton video di bawah ini :


@wanitamatahari Replying to @Ain Kedai Online hi awak, awak tengok & dengar penjelasan Emma. Nanti terjawab persoalannya. Dari tak pandai membaca hingga boleh dah membaca 🥰🤩🩷 kata orang, usaha tangga kejayaan kan 😘 #foryou #foryoupage #fyp #wanita #nakraya #alhamdulillah #emmamaembong @emma maembong ♬ original sound - Milah & Bunga


Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian video Emma ini. Antara komen-komen menarik adalah :


 ” First tengok emma masa cerita cinta itu milikku. masa tengok tu terus terdetik kat hati, cantiknya dia ni, sape ni.. “


” Baiknya kawan dia yg tolong bacakan script tu. effort emma pun bagus, tak reti membaca tapi menghafal melalui apa yg kawan dia smpaikan.. “


” Start kenal Emma ni dlm cite cinta itu milikku. Masa tu be like, cantiknya heroin. Muka omputih habiss, kita yg perempuan ni pun suka sgt tgk muka dia.. “


” Jujurnya dia bgitau.. Dah la cantik.. Sy pun ada kwn tak pandai baca. Tp ingtan dia terer.. Kita terangkn utk dia cpt tangkap belajar.. “


” Wow very humble person… Tdk malu mengakui kekurangan diri.. Salute u Emma… Lakonan u semakin hidup.. God bless.. “


” Sy pnh jd extra dlm cite yg emma berlakon awl2 dulu.. Mmg btol.. Emma tak pndai baca n kwn Emma yg bantu.. Sy suke tgk persahabatan tu.. “


” Sama lah macam Datuk Jackie Chan, dia mana pandai baca skrip, orang yang cakap. Dia sebut balik, Emma biasa la tu.. “


Benar lah usaha itu merupakan tangga kejayaan, dari terdetik membeli komik di sebuah kedai serbaneka dan membacanya setiap hari, Emma akhirnya boleh membaca. Sikap Emma yang jujur serta langsung tidak malu mengaku dia pernah tidak pandai membaca turut mendapat pujian daripada warganet.


Sumber : Viral Malaysia


Post a Comment

0 Comments