Misya terkejut, suami dan Marissa jadi model baju kurung yang sama, siap bermesra - “Terkilan, kepada founder yang tak jaga sensitiviti“ (Pengurus)


Ingin mengaut keuntungan daripada gossip yang tular, sebuah syarikat jenama baju kurung telah mengambil Marissa dan Aslam untuk menjadi model baju mereka. 


Dalam masa yang sama mereka juga mengambil Misya untuk menjadi model baju berkenaan.


Menurut Misya dia telah ditawarkan untuk menjadi model sebuah baju kurung berjenama. Bayaran telah di buat dan beliau hadir ke lokasi penggambaran di  sebuah homestay di Janda Baik. 


Malangnya, sampai di sana, Misha baru mengetahui yang Aslam dan Marissa telah shooting bersama dan turut menjadi model untuk jenama baju berkenaan. 










Sememangnya Misya terkejut kerana tidak diberitahu terlebih dahulu oleh pihak syarikat tersebut. Disebabkan bayaran sudah di ambil, Misha meneruskan kerja secara professional. Tetapi rasa terkilan dengan apa yang dilakukan oleh syarikat tersebut. 


Menurut pengurus Misya, kami tidak bekerjasama dengan founder untuk mewujudkan content sebegini bersama dengan Aslam dan Marissa. Ia adalah perancangan founder sendiri.  Pihak pengurus juga berharap founder lebih peka untuk menjaga sensitiviti selepas ini. 




Dalam klip video tersebut kelihatan adegan mesra antara mereka berdua.  


Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam jenama tersebut kerana menggunakan Marissa dan Aslam serta isteri pertama Aslam, Misya, sebagai ‘Marketing’.


“Apa motif kau sebenarnya?…” – Netizen


“Tolong Boikot brand ni, terlampau berani betul perempuan ni. Takda rasa bersalah…” – Netizen


Video:


@aqish_qishh #Jelitawardrobe .. Dah post mcmni pastu delete then post video Umisya ? huhu Betul² nampak amik kesempatan #VideoUmisyaAslamMarissa #Marissa #AslamMarissaJelita #Jw ♬ original sound - aqish_qishh


Dalam video itu, kelihatan Marissa menyentuh dada Aslam dan memakaikan butang baju Melayu Aslam. Adengan mesra tersebut dikritik netizen.  Malahan telah  membangkitkan kemarahan netizen sehingga beramai-ramai ingin memboikot jenama baju berkenaan. 


Video tersebut telah di padam di laman sosial facebook setelah mendapat kritikan daripada netizen. 


PERHATIAN: Pihak Borak Viral tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.


Kredit: Umisya




 

Post a Comment

0 Comments