"Orang kata harga makanan saya harga Zi0nis, harga Y4hudi, baliklah Isr4el, saya terkilan, mereka tahu saya berasal dari Palestin" - Chef Ammar

BFM Radio - The Business Station

Siapa tidak kenal Chef Ammar Al Ali berasal dari Nablus Tebing Barat Palestin yang kini sudah menetap di Malaysia lebih 25 tahun. Seorang chef yang sangat mahir dalam masakan Nasi Arab dan begitu popular masa bulan Ramadhan, kalau tak beratur panjang tu orang kata bukan kedai Chef Ammar la tu.


Namun, harga makanan kedainya sering orang persoalkan seperti harga kayangan, golongan T20 je mampu beli. Tapi tahukah anda kos-kos operasi beliau jika nak bandingkan harga makanannya sememangnya adalah masuk akal.


Kata Chef Ammar adat berniaga mestilah kadang-kadang orang tak senang melihat kita maju, ada yang kata you orang asing, buat apa sini baliklah, namun di sebalik kata-kata itu Chef ambil kata-kata positif mungkin Allah nak uji aku muflis pula.


Melalui temurah bersama beliau dengan team borak kami, Chef Ammar memiliki dua permanent tapak di bazar, kos barang-barang, pengangkutan, printing, bunting, segala aset untuk dua tapak itu berjumlah RM500,000.


Setakat ini memiliki 43 staf dengan permulaan gaji RM1500-RM3000 bergantung pada kemahiran yang stafnya ada, dengan kesemua staf itu ada yang tugas jaga nasi, ada cuci barang, ada orang kopek dan masak telur, ada yang masak kambing, marination, masak ayam, ada yang bungkus makanan.


Katanya lagi, jika nak dibandingkan kos lamb shank tahun 2010 RM12/kg sekarang RM45/kg, kebiasaan keuntungan dari bazar Ramadhan secara purata RM300,000 hingga RM400,000. 


Katanya lagi dari keuntungan bazar Ramadhan diambil untuk cover bulan biasa yang kadang-kadang sales tidak seberapa. 


Untuk memasak Chef Ammar menyewa tiga kilang 1.5 tingkat, semua tempat untuk memasak dengan kos sewaan ketiga-ketiga kilang itu dalam lingkungan RM60,000 sebulan.


"Saya tahu orang cakap saya harga Zionis, harga Yahudi, baliklah Israel, saya sangat terkilan sedangkan mereka tahu saya berasal Nablus Tebing Barat Palestin, namun kekuatan saya adalah isteri saya, "Bang jangan peduli apa orang cakap", kata isteri saya. Jadi tahun ni saya kunci mulut dan buang kunci tu ke dalam laut, senyumnya lagi.


BFM Radio - The Business Station


Kalau saya boleh buat RM10 sebungkus saya lah orang paling gembira akan tetapi saya menggunakan barang-barang yang mahal seperti kacang gajus, badam, minyak sapi, beras Basmathi yang berkualiti tinggi, safron, biji labu, kismis sultana, tomato, timun Jepun, sos yang pelbagai rempah, sambal saja ada 24 jenis rempah, jadi kos dia memang banyak.


Bila ditanya berapa gaji Chef, jawabnya syarikat saya bayar rumah saya dan kereta saya, lepas tu gaji saya cuma RM5000 sebulan.


Kata Chef Ammar lagi dia pernah melalui detik-detik sukar dalam hidup seperti berhenti kerja dekat hotel oleh kerana isu halal walaupun masa tu gaji sudah besar, dekat dua tahun hidup memang susah, takde income. Masa tu katanya EPF sudah habis, kereta sudah jual, emas isteri saya sudah jual, kamera sendiri pun saya jual, masa tu saya tak boleh bagi anak makan. Jadi masa tu saya faham kenapa tuhan bagi saya muflis sebab masa kerja hotel gaji saya ada unsur syubhah. Bayangkan masa tu pun saya kerja cuci kereta.


BFM Radio - The Business Station

Saya akan pastikan anak saya makan dari rezeki yang halal. Bila kita sudah senang, dah jadi viral, orang tak tahu pun kita pernah lalui masa sukar.


BFM Radio - The Business Station


Pernah satu ketika saya ada RM5, saya cakap dekat kucing kamu ambil separuh saya ambil separuh, saya pelihara dia, masa tu kehidupan saya berubah sampai sekarang tuhan bagi rezeki. Alhamdulillah.


Kredit: BFM Radio - The Business Station








Post a Comment

0 Comments