"Saya enjoy macam ni" - KJ tak nak pulang ke 'pangkal jalan'

Kredit: Malaysian Gazette

KUALA LUMPUR – Diusik sudah ’rosak’ apabila menjadi individu berbeza berbanding sebelum, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin tidak terkilan dengan gurauan sedemikian sebaliknya selesa dengan kehidupan sekarang.


Kata Khairy atau mesra disapa KJ, 48, dia seronok menjalani karier terkini, selain menegaskan tiada keperluan untuknya kembali ke dunia politik.




“Tak tahu lagi, tapi apa yang saya boleh katakan saya tengah seronok dengan kerjaya sekarang.


“Jadi tiada apa-apa keperluan untuk saya kembali ke dunia politik buat masa ini.


“Cabang saya masih lagi berada di mata publik sebagai seorang podcaster, deejay dan sebagai duta Elrah Exclusive, tapi ke mana selepas ini belum tahu lagi,” katanya.




Rezeki mencurah-curah dalam pelbagai lapangan, lelaki tinggi, gelap dan tampan itu mengakui teruja apabila dilantik menjadi duta pakaian produk tempatan, Elrah Exclusive pada tahun ini.


“Saya sangat teruja untuk bersama kempen raya Elrah Exclusive pada tahun ini. Saya setuju untuk kempen Elrah ini pun sebab pemilik dia El Azman.


Kredit: Kosmo

Post a Comment

0 Comments