Warganet salahkan pihak pengurusan sukan renang yang terlalu selesa dengan pencapaian Datuk Pandelela


Isu prestasi penerjun negara telah menjadi isu yang berpanjangan. Pihak pengurusan meluahkan rasa kesal kepada Datuk Pandelela dan Nur Dhabitah di atas prestasi mereka yang merudum sehingga tidak layak ke sukan Olimpik di Paris. 


Walau bagaimanapun, sebagai tindak balas Datuk Pandelela mengatakan skuad renang negara perlukan pelapis dan pihak pengurusan perlu mencari pelapis yang  boleh menyayinginya sehingga beliau boleh bersara. 



Menurut perkongsian di laman sosial oleh Salfian Nawawi, adakah pihak pengurusan terlalu selesa dengan prestasi Datuk Pandelela selama ini, sehingga mereka lalai untuk mencari atlet pelapis yang boleh bersaing diperingkat antarabangsa?


Menurutnya lagi, 


Mana tidaknya, mereka terlalu "selesa" dengan adanya Datuk Pandelela dan rakan-rakan beliau yang menempa nama di persada dunia sukan terjun air sejak tahun 2007 lagi.


Mungkin kerana alpa atau terlalu bergantung dengan Datuk Pandelela dan rakan-rakannya yang sedia ada maka mereka terlepas pandang untuk membuat persediaan barisan pelapis..

 



Ramai warganet berharap pihak pengurusan sukan renang perlu diganti kerana tidak bertanggungjawab dengan mencari pelapis baru yang lebih berpotensi untuk menggantikan atlet yang sedia ada. 





Berikut adalah kejayaan dan jasa Datuk Pendelela kepada Malaysia.


Sukan Olimpik Musim Panas

Pingat perak – tempat kedua 2016 Rio de Janeiro 10m berirama

Pingat gangsa – tempat ketiga 2012 London 10m platform


Kejohanan Akuatik Dunia

Pingat perak – tempat kedua 2019 Gwangju 10m berirama

Pingat gangsa – tempat ketiga 2009 Rome 10m berirama

Pingat gangsa – tempat ketiga 2013 Barcelona 10m berirama

Pingat gangsa – tempat ketiga 2015 Kazan 10m platform

Pingat gangsa – tempat ketiga 2017 Budapest 10m berirama

Pingat gangsa – tempat ketiga 2022 Budapest 10m platform

Pingat gangsa – tempat ketiga 2022 Budapest 10m berirama


Piala Dunia Terjun

Pingat emas – tempat pertama 2021 Tokyo 10m platform

Pingat perak – tempat kedua 2016 Rio de Janeiro 10m berirama

Pingat gangsa – tempat ketiga 2018 Wuhan 10m platform


Sukan Olimpik Remaja

Pingat perak – tempat kedua 2010 Singapura 10m platform

Pingat perak – tempat kedua 2010 Singapura 3m papan anjal


Sukan Asia

Pingat gangsa – tempat ketiga 2010 Guangzhou 10m platform

Pingat perak – tempat kedua 2010 Guangzhou  10m platform berirama

Pingat gangsa – tempat ketiga 2014 Incheon 10m platform berirama

Pingat gangsa - tempat ketiga 2023 Hangzou 10m


Sukan Komanwel

Pingat emas – tempat pertama 2010 New Delhi 10m platform

Pingat emas – tempat pertama 2018 Gold Coast 10m berirama

Pingat perak – tempat kedua 2010 New Delhi 10m berirama

Pingat perak – tempat kedua 2014 Glasgow 10m platform

Pingat gangsa – tempat ketiga 2014 Glasgow 10m berirama


Sukan Asia Tenggara

Pingat emas – tempat pertama 2007 Nakhon Ratchasima  10m berirama

Pingat emas – tempat pertama 2009 Vientiane 10m platform

Pingat emas – tempat pertama 2009 Vientiane 10m berirama

Pingat emas – tempat pertama 2011 Palembang 1m platform

Pingat emas – tempat pertama 2013 Naypyidaw 10m platform

Pingat emas – tempat pertama 2015 Singapura 10m platform

Pingat emas – tempat pertama 2017 Kuala Lumpur 10m platform

Pingat emas – tempat pertama 2017 Kuala Lumpur Pasukan

Pingat emas – tempat pertama 2021 Hanoi 10m berirama

Pingat perak – tempat kedua 2007 Nakhon Ratchasima  10m platform Universiade

Pingat perak – tempat kedua 2011 Shenzhen 10m platform

Pingat gangsa – tempat ketiga 2011 Shenzhen 10m berirama




Lebih membanggakan, Datuk Pandelela merupakan wanita pertama Malaysia pembawa bendera di Upacara Pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas 2012 di London dan mencatat sejarah sebagai atlet wanita Malaysia pertama memenangi pingat Olimpik (pingat gangsa) iaitu dalam acara terjunan 10 meter platform wanita.


Datuk Pandelela sememangnya hebat. Tahniah!

Kredit: Salfian Nawawi

Post a Comment

0 Comments