"Ye lah.. saya ada motor je".... - Datuk Seri Red


KUALA LUMPUR: Dua isteri memfailkan perceraian serentak, usahawan Datuk Seri Adnan Abu akan cuba mempertahankan rumah tangga bersama pertama, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim dan isteri kedua, Adira Suhaimi.


Adnan atau lebih dikenali Datuk Red berkata, kedua-dua isterinya tidak berpakat, sebaliknya berlaku secara kebetulan.


"Mereka tidak berpakat, cuma kebetulan. Masing-masing ada hak sendiri dan itu permohonan mereka sendiri.


"Sebagai ketua keluarga, saya tetap mahu cuba pertahankan.


"Luaran orang lihat saya masih boleh gelak ketawa, tapi sebenarnya dalaman saya lemah, cuma tak nampak.


"Bayangkan, tiba-tiba dua isteri hilang sekelip mata?" katanya yang hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang bagi prosiding keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) bersama Adira, hari ini.


Bagaimanapun, proses itu gagal menemui jalan penyelesaian dan mahkamah melanjutkan kepada proses hakam yang akan berlangsung pada 24 April depan.


Adnan mengakui dirinya manusia biasa dan lalai, namun sudah banyak kali mohon maaf kepada isteri-isterinya, tapi perpisahan tetap berlaku.


"Saya juga manusia, lalai dan asyik minta maaf banyak kali, tapi benda ini (perpisahan) tetap berulang lagi.




"Biasalah dalam rumah tangga banyak berlaku perselisihan faham, tapi saya akan tetap berusaha menyelamatkan rumah tangga," katanya.


Sementara itu, Adnan optimis masih ada harapan buatnya dan Adira menyelamatkan perkahwinan kerana melihat isteri keduanya itu masih ada menaruh hati kepadanya.


"Saya nampak Adira masih ada hati lagi, tapi mungkin perwatakan kali ini berbeza sebab orang perempuan bila sudah matang dan ada usaha sendiri, lebih lagi bila boleh berdikari.


"Saya cuba memujuk Adira sebab ada masa lagi sehingga April depan. Insya-Allah, dapatlah kami beraya bersama," ujarnya.



Peguam mewakili Adnan iaitu Muhammad Akmal Azman memberitahu permohonan cerai yang difailkan isteri pertama akan disebut di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor pada 18 Mac ini.


Adira bagaimanapun enggan mengulas apabila dikatakan berpakat dengan madunya untuk memfailkan perceraian.


Video:


Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira memfailkan perceraian berikutan tiada persefahaman.


Sebelum ini, Adiea pernah memfailkan perceraian pada 2019, namun menarik semula demi anak-anak.


Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.


Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia setahun.


Perkahwinan Adnan dengan isteri pertamanya yang dikenali sebagai Datin Red mempunyai lima cahaya mata.


Sebelum perkahwinan itu, Adnan pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun dan berpisah lima tahun kemudian.


Hasil perkahwinan itu, Datuk Red dikurniakan dua cahaya mata dan secara keseluruhan mempunyai 11 cahaya mata menerusi tiga perkahwinan.


Kredit: Berita Harian



Post a Comment

0 Comments