“Al-Fatihah." – Suami Sepupu Eyra Hazali Salah Seorang Mangsa Kemalangan Helikopter

 



Hari ini, negara kita digemparkan dengan satu tragedi di mana dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan TLDM, Lumut, Perak.


Terbaru, selebriti Eyra Hazali menerusi laman Instagram miliknya berkongsi salah seorang anggota yang terkorban merupakan ahli keluarganya.


“Al-fatihah kepada semua yang terlibat dalam kemalangan helikopter. Salah seorang mangsa merupakan suami sepupu saya, LT Kdr Wan Rezauden Kamal bin Wan Zainal Abidin.

Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” tulisnya ringkas.

Dalam IG Story itu, Eyra yang juga isteri kepada penjaga gol Harimau Malaya, Haziq Nadzli berkata yang terkorban itu merupakan suami kepada sepupunya, dia juga mengambil kesempatan mendoakan agar roh mereka yang terkorban ditempatkan di kalangan orang beriman.


Sebagai info, dua helikopter tersebut bertembung semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90.


Difahamkan, insiden itu telah meragut nyawa 10 orang pegawai dan senarai yang terkorban masih dalam proses kemas kini.


Sumber: InstagramHarian Metro

Post a Comment

0 Comments