Dua penunggang motosikal parah dalam kemalangan jalan raya

 



PETALING JAYA – Dua penunggang motosikal cedera parah dalam insiden kemalangan jalan raya melibatkan empat buah kenderaan di Jalan Kuching, Kuala Lumpur, Selasa lalu.


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Superintendan Zulkafli Chek Lah berkata, kejadian terbabit berlaku kira-kira pukul 11:50 malam.


“Siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan dua buah kenderaan jenis Perodua Viva dan Toyota Vios serta dua buah motosikal jenis Yamaha Skuter dan Modenas Kriss.


“Pemandu kenderaan jenis Perodua Viva yang dipandu oleh seorang lelaki yang sedang memandu dari arah bulatan Kinabalu menghala ke Kepong, setibanya di lokasi kemalangan pemandu kenderaan tersebut telah hilang kawalan dan terbabas sehingga memasuki laluan bertentangan dan melanggar kenderaan jenis Toyota Vios.


“Akibat kemalangan tersebut dua buah motosikal dari arah Jalan Kuching ke pusat bandar tidak dapat mengelak dan melanggar kenderaan yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Zulkafli turut menjelaskan dua penunggang motosikal yang mengalami kecederaan parah telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.


Sementara itu, pemandu kenderaan Perodua Viva itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah dikesan untuk tindakan susulan.


Orang ramai yang mempunyai maklumat atau berada di tempat kejadian diminta tampil ke balai polis yang berhampiran atau hubungi Balai Polis Trafik (JSPT), Jalan Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 untuk membantu siasatan. – 


Sumber: Kosmo

Post a Comment

0 Comments