Kisah seorang mati dib*nuh, mayat dik*rat dan ditanam di belakang rumah (Part 1)






Gambar sekadar hiasan


Nota:Ini kisah benar

Salam semua. Harini teringin nak kongsi pengalaman seram saya tinggal di sebuah rumah yang pernah berlaku pembunuhan. Dijadikan cerita saya memang seorang yang dianugerahkan mata dan deria yang mudah nampak / rasa bila ada suatu tak kena.


Dalam 25 tahun dulu saya pernah berpindah ke sebuah rumah sewa agak besar tapi murah sewanya. Masa tu happy juga walaupun dalam hati ada terdetik rasa tak sedap hati juga tengok pakcik yang menyewakan rumah ni untuk kami.


Dia tak ada 'eye contact' bila dia bercakap dengan saya. Dan dia sendiri tak berapa mau bercakap dengan saya. Dalam hati saya cakap takpelah bukan aku nak bercakap ngan dia hari-hari pun.. Persetujuan dicapai dan kami berpindah masuk. Semua berjalan lancar.


Kecuali ada satu yang pelik terjadi - anjing-anjing akan menyalak di depan rumah kami setiap malam. Menyalak style menangis sedih tu. Pada malam hari ke-7 saya tinggal kat situ lebih kurang. Malam kami tidur macam biasalah. Rumah takde orang,jadi saya memang tak tutup pintu bilik pun tidur.


Sewaktu tengah lena tidur tu tiba-tiba saya terjaga. Tersentak macam rasa kena kejut bangun tu. Buka-buka mata, saya terus terpandang ke pintu bilik. Depan pintu bilik saya nampak ada seorang tua yang agak pendek, berdiri tegak memandang saya tajam dengan di tangan dia ada memegang kepala orang yang berdarah.


Dia macam orang lama. Macam orang dulu-dulu. Saya terkejut dan segera mengejutkan suami kat sebelah. Kata ada orang dalam rumah. Dan serentak dengan tu orang tua tadi macam terbang dibawa angin menuju ke dapur.


Suami saya bangun dan pergi check semua pintu dapur dan tandas dan kami tak jumpa apa-apa. Lalu suami pon cakap yang saya mungkin mengigau. Hati memang jadi tak sedap sejak tu…. Tapi saya pon buat macam biasa pergi office balik office buat kerja rumah macam biasa.


Sampailah lebih kurang 2 minggu saya pindah. Balik dari office dah hampir Maghrib. Saya terus ke dapur nak sesiap barang masak makan malam. Suami masih di luar menjirus lantai depan.


Tengah-tengah basuh pinggan di singki saya dengar satu bisikan halus di telinga saya, “Eja..Eja...” lembut aja dia panggil saya sampaikan saya boleh rasa hembusan nafas tu kat telinga kiri saya.


Punyalah terkejut saya menoleh tengok takda orang. Panggil suami dia masih di luar. Kami tinggal berdua jadi siapa yang bercakap tepi telinga saya? Sekali lagi suami saya cakap "Takda apalah awak penat tu". Masih terbawa-bawa takut mimpi saya. Saya abaikan.


Sebulan berlalu. Gangguan suara terus saya alami sampaikan saya demam. Ada masa saya nak baring di tempat tidur pon saya dengar dia panggil dan bisik kat tepi telinga saya. Lembut dan anginnya suara tu saya boleh rasa.


Dijadikan cerita suami pula jenis kerja di luar kekadang outstation dan saya terpaksa tinggal seorang dirumah. Satu malam tu saya mula bermimpi. Mimpi ada orang yang dibunuh dan dikerat-kerat kat rumah tu.


Percikan darah penuh di dinding. Saya tersedar. Berpeloh-peloh ni. Mimpi tu mengejutkan sangat sampai saya tak boleh nak sambung tidur saya. Terkebil-kebil dok memikir "Apa hal dengan aku ni…"


Malam esoknya saya mimpi lagi. Dinding penuh percikan darah dan kali ni nampak pulak mayat ditarik dan diorang gali lubang belakang rumah tanam mayat kat situ. Lagi berderau darah ni bila terjaga.


Berkali-kali mimpi yang sama buat saya rasa tak puas hati. Saya pergi cari kat belakang rumah. Cari kat semak-semak tu tempat mayat ditanam macam dalam mimpi saya. Dan percaya atau tak kali ni saya jumpa satu kawasan yang mendap macam bekas pernah digali.

Saya punyalah takut dan lintang-pukang saya lari masok ke rumah. Nak cerita kat suami rasanya dia memang akan cakap saya mengarut. Saya senyap lagi. Dah mula syak ada orang kena bunuh kat rumah aku ni. Dan dah mula rasa bebetol rumah aku berhantu ni!


Fikir dan fikir teringat petua lama soh cari ikan puyu kalau rumah ada penghuni lain, saya pon pergi ambil ikan puyu belaan arwah nenek yang besar dan garang. Saya bawa balik dan letak di rumah.


Pagi ni saya letak, tak sampai beberapa jam pon ikan puyu tu dah melompat keluar balang dia dan melompat keluar rumah. Dua kali dia keluar macam tu saya masokkan semula dalam rumah.


Petang tu ikan puyu mati dalam balang. Badannya cedera bercalar-calar macam bergaduh. Matanya macam tersembul keluar. Saya pelik. Tapi saya tanam aja ikan tu.


Maghrib tu macam biasa saya solat. Tapi kali ni satu yang lagi benda plik berlaku. Lepas solat Maghrib saya mula nampak percikan darah yang macam sama dengan dalam mimpi saya. Tapi kali ni real. Dinding rumah tu memang macam bebetol ada percikan darah.


Saya terpaku badan naik gigil. Tanya kat suami dia nampak tak? Suami kata tak nampak pon. Saya diam. Saya teruskan mengaji. Saya buntu betol masa tu. Tak tau nak cakap macam mana. Cerita kat suami dia tak berapa nak percaya. Saya amalkan mengaji, mengaji & mengaji.


Sampai satu hari suami outstation lagi. Malam tu macam biasa saya tidor sorang. Anjing depan rumah macam biasa menangis sayu tak tau apa yang dia sedih. Saya sumpah takut hari tu. Tidur bawak Quran kot. Pelik Quran punya takut.


Tak sampai bapa lama anjing menyalak saya dengar tapak kaki berjalan atas atap. "Asudahhh! Sapa pulak jalan atas atap aku ni!". Memang bunyi kaki orang jalan. Dia jalan dari bilik saya dan turun ke pintu dapur.


Hati lega dengar dia dah turun tapi dia tak berhenti di situ. Dia cakar pulak pintu dapur tu. Cakar macam dengar bunyi cakar fready night mare tu weyyy. Akak ko punya gigil sampai nangis tidor.


Ok lah panjang sangat ni len kali akak cerita part 2. Macam mana suami boleh percaya dan macam mana kami usaha berubat rumah tu. Dan macam mana kami keluar dari rumah tu selepas jadi orang paling lama tinggal kat situ - 5 bulan.

Bersambung di part seterusnya...


Mati kena b*nuh, mayat dik*rat dan ditanam di belakang rumah (Part 2)





Post a Comment

0 Comments