Kisah seorang mati dib*nuh, mayat dik*rat dan ditanam di belakang rumah (Part 2)

Gambar sekadar hiasan


Salam semua semoga terhibur. Lepas tu saya demam. Badan rasa lemah. Tak pergi office. Suami juga ada kursus di luar kawasan. Jadinya tinggal saya seorang di rumah.


Bunyi derapan kaki jelas kedengaran atas atap rumah saya. Memang bebetol ada orang berjalan ni. Dengan anjing menyalak-nyalak saya memang betol-betol takut.

Tak lama lepas tu dengar bunyi macam orang turun di dapur. Saya lega. Dia dah lari. Tapi tak habis kat situ, dia cakar pulak pintu dapur saya . "Srappppp srapppp!" bunyi macam kuku panjang mencakar pintu.

Malam tu tak tau berapa kali saya baca ayat Qursi berapa kali saya baca Yaasin. Ada juga yang ke laut bacaan saya sebab dek takut. Tak lama lepas tu dia diam. Saya menggigil. Nak tidur pun tak lepas sebab takut.

Dalam pukul 3.30 pagi macam tu saya keluar dari rumah. Keluar sendiri. Masa ni saya bawa motor besar lagi. Jadi saya start motor nak keluar rumah. Tak  jauh lagi nak tinggalkan rumah, saya kena langgar pulak dengan satu lembaga besar yang buatkan saya sampai terbabas.

Dia macam angin yang kuat tetiba langgar peha saya. Nasib dapat control motor dan tak jatuh atau accident. Saya balik pulak semula ke rumah. Badan sakit habis. Peha lebam punyalah besar, saya pon terkejut tengok sebab saya tak nampak pon benda tu.

Tapi macam mana boleh buatkan lebam dekat hampir separuh peha saya. Suami balik saya tunjuk dan cerita apa yang terjadi. Suami mula nampak ambik tau tapi macam biasa jugalah, dia kata takpalah nanti kita cuba tanya mak / orang tua.

Maghrib menjelma. Macam biasa waktu Maghrib aja saya memang dalam keadaan takut dan berjaga jaga. Saya tau memang dia rajin mengacau saya waktu ni. Saya sesiap awal hari tu dok atas sejadah nak solat. Siap solat saya mengaji. Saya nak buat air Yaasin.

Tengah saya baca Yaasin pada air tu, saya nampak satu lembaga hitam yang tinggi, bertelinga panjang mata merah menyala, menjengket-jengket menerpa ke arah saya dengan laju. Dia macam nak terkam saya. Tapi dia tak dapat dekat pulak dengan saya. Jadi dia hilang.

Masa dia nak menerkam tu saya jerit dan tutup mata. Suami perasan saya menjerit dia datang. Saya kata "Ada hantu dalam rumah ni jom pindah!". Suami suruh saya sabar. Dia suruh saya siap-siap nak pergi rumah kawan dia. Dia pon bersiap kat bilik sesorang.

Entah apa jadi tiba-tiba suami saya pulak menjerit kuat! Menjerit sambil melompat keluar dari bilik dengan muka pucat lesi. Saya yang tak siap lagi pon dia terus suruh masok kereta kami keluar malam tu.

Dia senyap tak cakap apa-apa. Tangan dia menggigil pegang stearing. Kejap lepas tu baru dia kata dia nampak ada makhlok yang masok kot tingkap bilik tu dan menerkam ke arah dia. Ha baru dia percaya cakap saya.

Malam tu kami tak balik. Esoknya kami pergi berjumpa seorang ustaz. Ustaz buatkan air untuk saya basuh rumah tu. Dan kami buat macam arahan ustaz. Basuh dan renjis rumah dengan air yang ustaz baca.

Tengah-tengah renjis waktu hampir Maghrib, tiba-tiba saya nampak satu bungkusan kuning jatuh dari aras pintu depan. Saya hairan juga sebab sebelom-sebelom ni saya mengemas, pasang langsir, tak pernah pulak ada nampak bungkusan ni. Saya bagi pada suami.

Suami buka bungkusan tu dan alangkah terkejutnya kami dalam bungkusan tu ada selaras ibu jari siap berkuku yang dah kering. Ya! Jari orang. Bukan jari ayam / binatang.

Suami menggigil-gigil pegang. Berlari pergi sungai berhampiran rumah kami dan buangkan ke sungai. Tak terfikir masa tu kami nak pergi balai ke nak bawak jumpa org tengokkan ke. Takut sangat! Memang sangat-sangat menakutkan.

Tak berhenti kat situ rupanya. Dia makin marah. Kalau dulu dia terjengket-jengket nak menerkam saya, lepas kejadian tu dia semakin berani ganggu saya. Mimpi jangan cakaplah kena potong, buat ritual, kemenyan, jin, mutiara hitam, memacam mimpi yang melangkaui akal fikiran.

Kami mula menyiasat rumah siapa dan siapa yang tinggal kat rumah kami sebelom-sebelom ni. Rupanya memang orang tak boleh tinggal lama di sini. Paling lama 2 minggu / sebulan sahaja orang tinggal kat sini. Dan rumah ni pon dah lama kosong tak berpenghuni sebelom ni.

Rumah ni rumah bekas b***h yang membunuh. Dia membunuh di sini dan ada yang mati di situ. Apa yang saya mimpi tu rupanya adalah perkara yang berlaku kat rumah tu.

Sehinggalah saya sendiri kerasukan dan suami panggil ustaz ke rumah. Ustaz nasihatkan kami berpindah sebab gangguan di rumah tu sangat kuat. Dan kalau saya tak berpindah mungkin saya / janin saya akan dimakan jin tersebut.

Dua hari lepas saya kerasukan dan bermimpi jin tu nak bagi saya makan sesuatu, kami terus pindah. Inilah pengalaman saya tinggal 4 bulan dirumah yang berlaku pembunuhan.

Sumber: Siakap Keli

Post a Comment

0 Comments