Lawak! Pintu Rumah Tiba-tiba Rosak Bila Nak Sarung Cincin Masa Majlis Tunang


Mungkin detik ini bakal menjadi satu kenangan epic buat wanita yang dikenali sebagai Noor Asikin Mad Tarmizi kerana berlakunya satu insiden mencemaskan pada hari majlis pertunangannya pada 20 April lalu.


Ketika bakal ibu mentua mahu menyarungkan cincin pertunangannya, Noor Asikin tidak menyedari yang pintu biliknya terkunci sehingga diberitahu pada ahli keluarganya dari luar bilik.


Disebabkan itu, Asikin terperangkap di dalam biliknya sendiri selama 20 minit. Katanya perasaan mendebarkan berubah menjadi panik apabila pintu itu tidak dapat dibuka.


Walau bagaimanapun, anak bongsu kepada 5 beradik ini telah berjaya keluar dan majlis pertunangan itu berjalan seperti biasa. Dalam video yang tular itu, dapat dilihat Asikin bergelak ketawa apabila dia berjaya keluar dari bilik tersebut.



 



Ramai netizen yang terhibur apabila melihatnya dan ada yang menyifatkan bahawa inilah ‘dugaan’ pertunangan.




Kalau min jadi wanita tu mesti rasa malu campur kelakar depan bakal mak mentua. Apapun semoga urusan dipermudahkan ke jinjang pelamin nanti.


Sumber: Lobak Merah

Post a Comment

0 Comments