Lelaki didakwa t*tak rakan sekampung sampai putus jari

 



KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas hari ini atas pertuduhan mencederakan kawan sekampungnya dengan parang sehingga putus jari tangan kiri hujung tahun lalu.


Tertuduh, Muhammad Hafiz Izzuddin Yusof, 26, membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.


Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mencederakan mangsa yang berusia 35 tahun menggunakan sebilah parang sehingga putus jari manis kiri dan hampir putus telinga kiri.


Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Kampung Gong Kijang di sini pada pukul 8 malam, 11 Disember 2023.


Dia didakwa, mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.


Mahkamah membenarkan Muhammad Hafiz Izzuddin dibebaskan dengan wang jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan sebutan semula kes pada 24 April depan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nabihah Hanin Ayim manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – 


Sumber: Kosmo

Post a Comment

0 Comments