“Memang kena ada ke?” – Netizen kecam babak perk0sa dalam drama "Lelaki Itu"

 




Baru-baru ini, drama Lelaki itu menjadi bualan ramai dan boleh dikatakan sentiasa trending setiap kali ia ditayangkan.


Bagaimanapun, episod yang ditayangkan pada malam tadi telah mengundang pelbagai reaksi netizen apabila ada memaparkan babak watak Sharifah Batrisyah lakonan Hannah Delisha diperkosa sekumpulan lelaki.




Babak terbabit turut dimuat naik di media sosial menerusi akaun rasmi sebuah siaran televisyen di platform X.


Menerusi perkongsian itu, klip video yang berdurasi 33 saat itu memaparkan adegan sekumpulan lelaki mengambil kesempatan untuk memperkosa Batrisyah di suatu kawasan gelap.




Rata-rata pengguna media sosial mempertikaikan tindakan penyiar kerana memaparkan babak sensitif itu.


Ramai yang berpandangan tiada keperluan untuk melakonkan adegan sedemikian apatah lagi ia ditunjukkan kepada tontonan umum.


Selain itu, netizen juga menyatakan babak sebegitu juga akan membuatkan rasa terganggu dan trauma kepada mereka yang pernah mengalaminya.


Sebaliknya, adegan seperti ini perlu digambarkan dengan cara berbeza jika mahu untuk memberi pengajaran kepada penonton.


Setakat ini, belum ada kenyataan daripada pihak produksi bagi menjelaskan tentang isu tersebut.


Sumber: Lobak Merah

Post a Comment

0 Comments