Misteri jalan lama Bukit Putus



Selekoh Bukit Putus-

Assalammuailaikum semua, time2 raya ni bila sangkut atas jalanraya jem melekat kereta tak bergerak, mula la fikiran tu melayang-layang tambahan pula bila melepasi jalan yang pernah terjadi kenangan seram yang tak mungkin aku lupakan….tak tahu la nak di kategori kan sebagai seram atau tidak….ahhhh jom baca!


Raya pertama hari tu, aku nak balik beraya ke kampung nenek di Seri Menanti Kuala Pilah, turun sahaja dari HIGHWAY LEKAS menuju ke Kuala Pilah melepasi Petronas Jalan Paroi-Kuala Pilah, kenderaan bergerak sangat perlahan dan ada ketika hampir tidak bergerak. Itu perkara biasa ketika musim perayaan dan aku pasrah walau dalam hati rasa nak menyumpah hahaha!


Ok bagi sesiapa yang tahu jalan nak ke Kuala Pilah-Seremban-Kuala Pilah ni, dah ada jalan alternative, jalan lurus jadi tidak perlu untuk menggunakan laluan sempit berlengkang lengkok jalan lama Bukit Putus itu lagi, jimat masa kan dari kau nak layan selekoh-selekoh maut tu! Cuma aku terpaksa nak mengelak kan jem melekat balik ke kampung berhari raya hari tu, aku ubah laluan ke jalan lama Bukit Putus, maka terimbas la memori lama di salah satu selekoh tersebut……


Masa tu tahun 1995, ada kematian di kampung nenek aku di Seri Menanti, selesai tahlil pada malam tersebut, abang aku mengambil keputusan untuk pulang semula ke Kuala Lumpur manakala mak dan abah aku hendak bermalam di rumah nenek sahaja dan akan pulang ke esok kan hari nya.


Aku ingat kan selesai tahlil kami berdua beradik akan ‘cabut’ balik ke KL tapi sangkaan aku meleset, abang aku sedang rancak lagi berbual sambil layan kopi-O dengan ‘biskut lutut’ (biskut femes time ada orang meninggal hehe)


Aku dah jeling-jeling baru la abang aku heboh nak balik, waktu tu seingat aku dalam pukul 11 malam macam tu, kawasan kampung memang dah tak ada kenderaan yang lalu lalang jadi terasa sangat sunyi dan kabus tebal.


Tiba masa kami nak ‘memanjat’ Bukit Putus pulak, pemanduan abang aku macam biasa kekal tenang, masa kat Bukit Putus ni lah waktu malam agak mencabar dengan selekoh-selekoh tajam yang agak bahaya, jalan yang sempit dan gaung, ada di selekoh yang tertentu kalau silap putar stereng, kereta boleh bergesel kerana jalan yang sempit.


Malam tu tak banyak kenderaan yang lalu lalang, hanya sesekali kami bertembung dengan kereta dari arah hadapan. 


Setiba nya kami di salah satu selekoh tersebut, lampu kereta abang menyuluh satu sosok wanita yang sedang berjalan kaki menyusuri jalan, dari belakang kami boleh nampak jelas wanita tersebut memakai baju biru dan skirt paras lutut berwarna hitam, rambut nya pendek setakat paras bawah telinga dan memakai handbag. (Handbag ni aku perasan jelas tali nya agak panjang, mungkin sebab aku perempuan kan, habis semua aku perhatikan hahah)


Apabila ternampak wanita berjalan kaki berseorangan di dalam suasana gelap gelita, kami cuma beranggapan yang wanita tersebut sangat memerlukan bantuan, mungkin kereta nya rosak di mana-mana laluan Bukit Putus tersebut.


Kereta abang melewati wanita yang sedang berjalan dan aku nampak jelas sosok itu sebab itu aku boleh nampak pakaian yang di pakainya, aku juga sempat memandang ke arah muka nya dan bagi aku, itu adalah ‘wajah’ wanita normal!


Tiba-tiba abang memperlahankan kenderaan dan berhenti tidak jauh dari situ dan aku sempat menoleh ke belakang dan kelihatan wanita itu masih sedang berjalan menuju ke arah kami….


Abang mula bersuara….*kesian nya kita tolong tumpang kan yer*


Aku pun membalas…*orang ok aje, ikut along ah*


Aku pun membuka pintu kereta dengan tujuan nak bertanya, nak membantu macam tu lah, masa ni wanita tersebut dah makin menghampiri kereta abang, kan tadi abang memberhentikan kereta agak jauh, terperanjat punya pasal agaknya.


Tiba-tiba, wanita tersebut berhenti berjalan, jarak dia dengan bonet kereta abang kira-kira dalam 10 meter sahaja (anggaran aku la sebab dah dekat sangat). Aku boleh nampak sejelas jelas nya wanita itu tersenyum! Ya Allah mulut dia tersenyum sampai ke telinga! Kejap kejap mesti korang ingat, bagus la, kan ada pepatah melayu kata senyum sampai ke telinga kan! 


Bukan wei, aku nampak mulut dia senyum koyak rabak sampai ke telinga! Seolah-olah mulut dia jadi besar tapi *senyuman dia amat mengerikan dah tu siap bercantum ke telinga*! Manusia apa macam tu.


Aku tanpa berlengah lagi terus masuk ke kereta semula dan menutup pintu kereta sambil berkata pada abang aku….*along jalan cepat long, tu bukan perempuan long tapi hantu* (masa ni jari aku tak berhenti nak naik kan tingkap kereta, punya la lembap nak naik tingkap ni).


Masa ni sosok wanita tu dah sampai ke bonet kereta dah pun dan aku masih menjerit nak suruh abang aku jalan cepat. Aku nampak kemain ngeri mulut dia! Alhamdulillah power window dah selamat naik tapi yang tak selamat nya abang aku ni, dalam pada dia nak masuk gear 1 tu kan, dia sempat cakap kat aku,tak kan hantu kot tu! Pakai skirt paras lutut dengan baju biru macam balik keje, handbag dia ko cakap kemain panjang tali nya sampai ke paras lutut, Ya Allah abang aku ni, aku dah nak terkencing dah masa ni.


Abang aku pun memecut kereta, tapi kali terakhir  aku tengok wanita tu dah ada betul-betul di luar tempat duduk belakang. Senyap kami dua beradik sepanjang perjalanan, aku langsung tak berani nak pandang belakang, dalam hati berdoa jangan la dia ikut kami balik dah la mak abah tak ada ni.


Dah masuk PLUS HIGHWAY baru abang aku cakap,perasan tak? Mana ada kereta rosak sepanjang selekoh kat Bukit Putus tu kan? Haah la baru aku teringat mana ada kereta rosak pun…


Sempat la aku membebel pada abang aku, aku cakap ingat hantu zaman sekarang tak pandai dress up pakai skirt ke tapi kan korang terdetik hati aku masa melintasi sosok wanita tu, aku perasan pakaian dia, rambut dia dan handbag dia tak macam zaman tu, macam style zaman 70an macam tu la….


Walaupun dah ada jalan baru dan aku pun tak lagi ikut jalan lama Bukit Putus tu tapi aku masih ingat sampai sekarang wajah senyuman sampai telinga tu bagi aku tu semua kenangan kami 2 beradik…abang aku pun dah pergi menemui pencipta nya…Alfatihah buat Along….


Tu aje la aku nak cerita sambil-sambil makan tart nenas ni…


Selamat Hari Raya semua…


Post a Comment

0 Comments