Reaksi Spontan Ruhainies Berpurdah Tapi Peluk BFF Lelaki Jadi Perhatian Netizen

 



Selepas pulang daripada mengerjakan ibadah umrah, nama pelakon Ruhainies panas lagi. Mana taknya, pelakon ini dilihat berpelukan dengan kawan baik lelaki yang menyambut ketibaannya.


Dalam rakaman itu, pelakon ini dan kakaknya Risteena Munim dilihat masih mengenakan jubah dan niqab berwarna hitam.





Namun, reaksi spontan mereka berpelukan mengundang respon kurang senang daripada netizen. Rata-rata daripada netizen menegur pelakon berkenaan yang mengenakan pakaian sunnah tetapi melakukan perkara tidak baik.



Meninjau ke ruangan Instagram, kawan baik Ruhainies dilihat memuat naik status meminta maaf dan mengaku kesalahan yang dibuatnya.


Hasil semakan mendapati video tersebut sudah pun dipadam di akaun 


Kredit: Tiktok @zaharzbubu7.


Lagi berita: ”Saya Tidak Munafik Dengan Berpura-Pura Baik” – Bella Astillah





Post a Comment

0 Comments