Sambutan Hari TLDM ke-90 dibatalkan, diganti majlis tahlil

 


LUMUT - Sambutan Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-90 yang dijadualkan berlangsung di Pangkalan TLDM Lumut pada 3 hingga 5 Mei ini dibatalkan.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, sambutan itu diganti dengan majlis tahlil yang akan dihadiri Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang merupakan Kepten Yang Dipertua TLDM.


"Perkara itu dimaklumkan kepada saya sebentar tadi, pada Jumaat nanti sambutan diganti dengan solat Jumaat diikuti dengan majlis tahlil," katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan kunjungan ke Pangkalan TLDM Lumut di sini.

Post a Comment

0 Comments