Skandal baharu anak terdedah, akaun IG ibu Aliff lenyap



KUALA LUMPUR: Ibu kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil menyahaktif akaun Instagram susulan episod baharu kecurangan anaknya, Aliff Aziz didedahkan seorang wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine.


Netizen mendakwa, Siti Hafiza atau lebih dikenali sebagai Fiza Aziz masih lagi aktif di IG, pagi tadi.



Namun, selepas berita skandal terbaharu anak sulungnya hangat diperkatakan, akaun IG yang kerap membuat perkongsian mengenai soal kerohanian dilihat kosong tanpa sebarang gambar.



Bagaimanapun, ada netizen mendakwa akaun IG wanita berkenaan sekejap timbul tenggelam selepas kes mahkamah anaknya itu.


"Subuh tadi elok je ada IG maknya, hilang pula dah," komen seorang netizen.





Nama Aliff kembali menjadi perhatian ramai apabila Sarah mendakwa menjalin hubungan istimewa dengan pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura itu sejak awal Januari lalu dalam IG, semalam.



Dalam hantaran sama, Sarah turut berkongsi video mesra dirinya dengan Aliff yang memaparkan aksi memeluk lengan dan mencium pipi.


Kredit: Berita Harian



Post a Comment

0 Comments