Didi jawab
fitnah yang tersebar mengenai dirinya dan Aliff.
Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba timbul khabar
angin mendakwa pelakon Didi Astillah pernah bercinta dengan abang iparnya
sendiri iaitu aktor Aliff Aziz.
Lebih mengejutkan apabila berita
tersebut turut mendakwa Aliff dan Didi pernah tidur bersama di sebuah hotel.
Terkejut dan kesal dengan dakwaan
tersebut, Didi atau Dayang Nazilah Awang Astillah, 28, mengesahkan artikel yang
tersebar di media sosial itu merupakan satu fitnah.
Didi kesal dengan berita palsu tersebar mengenai dirinya.
"Astaghfirullahalazim, fitnah
apa ini? Beraninya buat fitnah selepas itu jadikan artikel," katanya.
Dalam perkongsian di Instastory
itu juga memaparkan tangkap layar artikel berita dengan tajuk 'Aliff Aziz dan
Didi Astillah pernah bercinta sebelum Bella... Bella bongkar rahsia Aliff Aziz
dan Didi Astillah pernah tidur bersama di hotel'.
Difahamkan berita palsu tersebut
tersebar meluas di laman Facebook.
Malah berita berkenaan turut
memaparkan foto Didi bersama Aliff dilihat sedondon mengenakan baju berwarna
hitam.
Sebelum ini, Bella atau Dayang Ara
Nabellah Awang Astillah, 30, pernah mendedahkan Aliff berlaku curang bersama 11
wanita termasuk adiknya sendiri, Eriqa Astillah.
Untuk rekod, Bella dan Aliff
berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean,
6, dan Ara Adreanna, 3 tahun.
Bella bagaimanapun memfailkan
cerai terhadap Aliff di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac
lalu selepas aktor itu ditangkap khalwat dengan aktres Ruhainies pada 9 Mac
lalu.
Kes penceraian itu masih berlangsung
dan disambung semula pada 4 Jun 2024.
0 Comments