Dah 56 tahun berlalu, baru tahu pelakon ni rupanya adik Jamal Abdillah - Netizen


Jamal Abdillah atau nama sebenar beliau Jamal Ubaidillah Bin Haji Ali dilahirkan pada 7hb Mei 1959. Raja pop Malaysia ini  merupakan anak sulung daripada 7 orang adik beradik yang terdiri dari 5 orang adik lelaki dan 2 orang adik perempuan. 


Ramai yang tidak mengetahui seorang pelakon gred A tahun 90 an merupakan adik beliau iaitu helmi Hussaini. 




Meninjau akaun Tiktok Norman, telah dikongsikan satu video yang memaparkan pertemuan antara Dato’ Jamal dan adiknya, pelakon Helmi Husaini. 



Rupa-rupanya, Helmi adalah adik kandung kepada Dato’ Jamal dan kini dia menetap di Sabah.


Video ini pula dirakamkan ketika Dato’ Jamal tiba di Sabah untuk satu persembahan. Melihat dari gaya Dato’ Jamal dan Helmi berpelukan, warganet merasakan adik dan abang ini sudah lama tidak bertemu. Ada juga info yang mengatakan Helmi sibuk dengan perniagaan restorannya di Sabah.


VIDEO: 

@normangtboy0808 Pertemuan 2 beradik di bulan syawal 1445 #jamalabdillahlegends #fypppppppp #fypシ゚viral #tiktokmalaysiaindonesia🇲🇾🇮🇩 #greentownboys🥰🥰 #tellyourfriends ♬ Jamal Abdillah_Salam Aidilfitri - ꧁ 𝑹.𝒌𝒂𝒚_𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 ꧂


Si abang di Perak, manakala di adik pula di Sabah, memang jauh beribu batu. Jika video ini tidak dikongsikan kepada umum, memang ramai yang tidak mengetahui status perhubungan Dato’ Jamal dan Helmi. 




Untuk warganet yang membesar di era 90an, wajah Helmi ini antara yang selalu menghiasi drama-drama Melayu tempatan. Pelakon yang berbakat besar dan hebat lakonannya.


Meninjau di ruang komen, ramai netizen yang baru mengetahui bahawa Helmi Hussaini merupakan adik Jamal Abdillah. 



Kredit: Tiktok Normangtboy0808

Post a Comment

0 Comments