Fatin syukur Opai usaha kerja lain selepas setahun tinggalkan aktiviti forex

Fatin syukur Opai usaha kerja lain selepas setahun tinggalkan aktiviti forex

 


Fatin Afeefa berkata dia berbangga usaha suaminya sekarang mencari pendapatan yang lebih berkat selepas setahun meninggalkan aktiviti pelaburan mata wang asing atau dikenali sebagai Forex.


Sepanjang tempoh itu Fatin atau dikenali sebagai Fatin Nur Afifah Shamsudin 30, berkata suaminya tidak hanya goyang kaki sebaliknya mencari beberapa pendapatan melalui berniaga di rumah.


Fatin: "Sebagai seorang isteri dah tentu saya bangga dengan tindakan suami kerana dia ada usaha dan ini yang saya mahukan".


"Bagi melaksanakan tanggungjawab dia berusaha buat bisnes daripada tidak dapat apa-apa, dan saya nampak dia lebih redha dengan situasi sekarang".


Melalui temuramah bersama Fatin, Fatin berkata Aliff atau Opai bakal mengeluarkan minyak wanginya sendiri tidak lama lagi.


Selama enam bulan Aliff memang sibuk teliti kajian dan pembangunan R&D produk sebelum menghasilkan produk secara besar-besaran.


Aliff juga sibuk ke pejabat berhari-hari untuk menghasilkan minyak wangi baru daripada 'inspired perfume'.


"dan sekarang masih lagi di peringkat R&D kerana dia seorang yang mementingkan kesempurnaan, jadi selagi tak sempurna dia tidak akan menjualnya, kata Fatin.


Selain itu, Aliff juga buat beberapa perniagaan lain tetapi dia tidak mahu dedahkan lagi kepada umum.


Aliff sedang giat berusaha beberapa perniagaan lain sejak setahun lalu

Fatin dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 30 Disember 2022.


Fatin juga pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor Adam Shahz atau Nor Shah Azli Abdol Ghani pada Disember 2013, dan mereka bercerai pada 30 Mei 2017.


Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia yang kini berusia 9 tahun.

Post a Comment

0 Comments