Ujian di bulan Ramadhan yang sangat perit

 

Luahan hati daripada Puan Emy Salina mengenai pengalamannya mengandungkan bayi syurga. Baru-baru ini beliau pada 2 Ramadhan anak yang dikandungkan 35 minggu telah meninggal di dalam perut. Moga sedikit pengalaman yang dikongsi ini dapat menjadi rujukan buat para ibu mengandung di luar sana. 


Assalamualaikum


Hari ni diberi sedikit kekuatan untuk berkongsi cerita dengan sahabat sekalian. 2 Ramadhan pukul 12.30 tengah malam rasa sakit mengeras di bahagian perut dan pinggang. Saya cuba mencari posisi yang selesa dengan meletakkan bantal di bawah perut. Nyenyak sungguh saya tidur time tu. Selalunya sudah menjadi kebiasaan dengan usia kandungan 35 ++ minggu agak sukar untuk saya tidur. Mana taknya , dengan tendangannya, sikunya memusing-musing. Sungguh aktif baby time tu. Tapi malam 2 Ramadhan tu tiada sebarang gerakkan, dan saya tidur nyenyak sampai pukul 5 pg.

 

Bangun ja terus kalut siapkan juadah bersahur dan tak terfikir time tu yang  baby tak bergerak. maafkan ibu sayang. Selepas selesai bersahur dan solat subuh, kalut pula siapkan anak-anak ke sekolah. hati mmg rasa lain mcm, tapi mengenangkan memang  saya ada appointment dengan doktor dan misi pukul 8 pagi. Lepas hantar anak ke sekolah, saya terus ke klinik ibudan anak. Awal tu jumpa misi dulu, time dok cari bunyi jantung tu memang tak dengar sebarang bunyi. Panggil la sorang misi buat benda yg sama, tapi tak dengar juga. Last misi suruh doktor  scan.


Waktu scan tu hati ni berdebar-debar .sah!!! Memang tiada  sebarang pergerakan kat jantung baby😭😭😭saya dah tak hiraukan sesiapa dah time tu. Tak  tahu nak rasa apa sedih, kecewa, marah kat diri sendiri. Macam-macam saya rasa. Berat tangan nak bagitau suami. Tapi saya gagahkan juga. Waktu call suami dengar ja suara dia saya  dah macam orang gila time tu . Tak boleh cakap, menangis ja. Saya gagah juga bagitau suami yang anak kita dah tiada, dah meninggal 😭😭😭😭

Suami cuba tenangkan saya. Hari tu juga saya naik ambulans terus ke hospital. Sampai hospital kat PAC pukul 10 lebih. Doktor pakar puan confrim kan sekali lagi. Sah memang baby dah tak ada. Saya kena segerakan keluarkan baby, sebab waktu scan tu perut baby nampak dah membuncit. Pukul 2 lebih macan tu saya kena cezer. Waktu cezer tu doktor terkejut saya operete dah 4 kali, yang last ni jadi 5 kali. 


Rahim saya cantik lagi. Mudah nak belah dan jahit semula. Jadi saya bagitau doktor tak payahlah ikat kalau dah cantik. Tapi doktor suruh ikat juga takut risiko  kalau mengandung lagi.  Baby keluar berat 3.09 kg, besar juga, anak lelaki. Alhamdulillah cukup sifat. misi bawa kat saya baby tunjuk jantina. Pastu misi bagitau nak mandikan baby. Habis ja operet ,saya masih menunggu misi bawa baby mai kat saya. Sebab nak belai dia, nak peluk dia, sekali lagi saya terkilan dok tunggu-tunggu  tapi tak kunjung tiba. Rupanya baby dah selamat dikebumikan. Ya Allah, berat sungguh ujian Mu ya Allah😭

Jari ibu ni tak sempat lagi membelaimu, menatap wajahmu, memelukmu, maafkan ibu sayang. Ibu terlambat sedar yang kamu dah tak bergerak dalam perut. Maafkan ibu.Ya Allah tenangkanlah jiwaku supaya aku redha menempuh ujian seberat ini. Pada yang  masih mengandung jagalah sebaik mungkin. Sila alert dengan kandungan. Perut mengeras tu sangat bahaya. doakan saya ya kawan-kawan. 

Baca lagi: Sanggup mengaku sakit mental sebab tak nak puasa

Baca lagi: (Video) - Seorang lelaki ditegur tak pakai mask, lihat apa yang berlaku

Al Fatihah untuk baby MUHAMMAD AL RAMADHAN. Berlari-larilah kamu disana. Tariklah tangan ibu,abh,kakak,abang ya masuk syurga sama-sama dengan kamu. Kamu tetap dalam ingatan ibu. 



Semoga puan Emy bersabar dengan ujian yang diberikan oleh Allah. Setiap ujian pastu ada hikmahnya yang hanya Allah mengetahuinya. Semoga tabah menghadapi hari mendatang.

Sumber: fb puan Emy


Baca lanjut: Sampai mati saya tak boleh balas jasa isteri - Along Eyzendy

Baca lanjut: Seorang ibu tidak menyangka pemberian telekung merah itu adalah pemberian terakhir sebelum anaknya pergi mengadap Ilahi

Post a Comment

0 Comments