Tak sangka Que Haidar merupakan kerabat DiRaja, cicit kepada Tunku Kudin Raja Muda Kedah


Que Haidar (45) atau nama penuhnya Yang Mulia Tengku Iskhan Shah bin Tengku Haidar atau lebih dikenali sebagai Que Haidar (lahir 30 Mei 1979) merupakan salah seorang pelakon, penyanyi, penerbit, penulis dan pengarah Malaysia


Merupakan bekas pelajar Akademi Seni Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang berkecimpung dalam dunia teater sebelum terjun ke layar perak.


Penampilan pertamanya di kaca TV adalah menerusi drama Toll Gate Girl arahan Osman Ali dan diterbitkan oleh Tiara Jacquelina pada tahun 2001 ketika berusia 23 tahun bersama aktres Amy Mastura dan Rita Rudaini




Filem pertama lakonan beliau berjudul Haru Biru arahan Shadan Hashim pada tahun 2004 namun hanya pada tahun 2007 filem itu ditayangkan.


Que membuat keputusan untuk bersara daripada bidang lakonan secara mengejut pada tahun 2010 setelah berkahwin dengan koreografer Linda Jasmine. Biarpun terpaksa mengecewakan peminat-peminat dan pengkarya filem, Que nekad untuk beralih arah ke bidang perniagaan dan kini masih aktif mengajar kelas lakonan setelah bergelar pensyarah di Kolej Sunway. 


Pada tahun 2012, beliau mengumumkan hanya akan mengambil tawaran lakonan yang bersesuaian dengan kehendaknya. Filem Rock Ooo lakonan beliau kini masih digemari oleh peminat filem Melayu tanah air. Kini 2024, beliau masih aktif sebagai pengarah dan penerbit.


Salasilah keturunan


Que Haidar mempunyai susur galur dari sejarah Kesultanan Kedah. Hal ini setelah didapati beliau adalah pewaris susur galur kepada Tengku Kudin seorang Raja Muda Kedah, Wizurai (Wakil Yamtuan) Selangor dan menantu kepada Sultan Abdul Samad, Sultan Selangor yang keempat.


Berikut adalah salasilah keturunan beliau:


1. Y.M. Tengku Iskhan Shah bin Tengku Haidar [Que Haidar] anak kepada;

2. Y.M. Tunku Haidar bin Tunku Daud [Tengku Haidar bin Tengku Daud] anak kepada;

3. Y.M. Tunku Daud bin Tunku Haidar ‘Ali Shah [Tengku Daut] [Tengku Daud bin Tengku Haidar] anak kepada;

4. H.H. Tunku Haidar ‘Ali Shah bin Tunku Zia ud-din [Tunku Idah/Eda] anak kepada

5. Tunku Zia ud-din ibni al-Marhum Sultan Zain al-Rashid al-Mu’azzam Shah [Tengku Kudin]




Tengku Kudin ialah seorang putera Kesultanan Kedah. Beliau dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1835. Beliau dikatakan terpengaruh dengan cara hidup Eropah dan mendapat pendidikan separuh Eropah. Nenda beliau ialah Sultan Ahmad Tajuddin II dan kekanda beliau ialah Sultan Ahmad Tajuddin III.


Beliau pernah dilantik sebagai Raja Muda Kedah semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin III tetapi telah dilucutkan jawatan kerana terlibat dengan Perang Saudara Selangor.






Kini Que Haidar  bahagia bersama isterinya Linda Jasmine (52) dan dua orang puterinya Tengku Ratu Haidar (15) dan Tengku Cleopatra Haidar (12). 


Khabarnya, anak-anak gadis Que turut meminati bidang seni termasuk tarian, lakonan, nyanyian dan seni lukisan. Beliau juga tidak menghalang jika anaknya terlibat dalam dunia seni tanah air. 


Baca juga: Mana hak kami wahai Kid dan Din? kamu-orang yang jual album Rockology tu tahun 2022, saya tak akan halalkan

Post a Comment

0 Comments