Mana hak kami wahai Kid dan Din? kamu-orang yang jual album Rockology tu tahun 2022, saya tak akan halalkan



Semalam Media Hiburan sempat merakam satu keterangan daripada seorang artis rock tanah air iaitu Amy, mengenai album Rockology Search: Kid'Din Collection Series pada tahun 2022 yang mana Kid dan Din bertanggungjawab me-Releasekan album itu tetapi hak royalti untuk Amy, arwah Yazid dan Nasir tidak dapat.


Amy dalam sidang media, Foto Media Hiburan

Amy Search : 'Nak tanya pada Din dan Kid mana kitorang punya royalti album yang ko jual tu, itu kitorang punya hak, hak anak isteri arwah Yazid, hak Nasir serta saya punya, ko-orang yang jual Rockology tu apa dokumen pun takde dan satu sen pun kitorang tak dapat, banyak benda mereka langgar ko tahu benda tu salah, mereka cakap kt kami berapa kitorang nak bagi atas belas ihsan kami, kata Din dan Kid. Dan macam mana diorang nak bayar satu dokumen pun takde, nilai pun tak tahu. Kami pun akan bincang dengan lawyer kami mengenai ini, saya tak akan halalkan.


Kid dan Din pernah keluarkan kenyataan yang kami tidak pernah keluar Search pada 2022, bahkan Search yang original adalah kami dianggotai Noordin (gitar), Kid (gitar), Yan (bass), Denden Gonjalez (penyanyi) dan Minn (dram).


“Kami (Search) yang ‘original’. Selama ini, kami tak pernah keluar kenyataan nak keluar daripada Search dan sebagainya.


“Tak mengapa kalau peminat anggap Search yang asli wujud bersama Amy.


“Nak sokong Search yang sana atau yang ini (merujuk kepada mereka), kami terbuka. Kami teruskan perjuangan ini bukan nak berlawan dengan sesiapa. Tak perlu gaduh-gaduh. Kami nak terus berkarya dan nikmati muzik Search,” kata Din.


Search original: Yan, Kid, Din, Denden, Minn 


Fan base 'Search' Din & Kid


Dalam pada itu, saat Amy mahukan royalti daripada Kid dan Din muncul seorang fan 'Search' (Din&Kid) pertahankan Kid dan Din.


Katanya, memang Amy punyai hak royalti daripada Kid dan Din tetapi kenapa pihak Amy masih gunakan nama arwah untuk kepentingan peribadi, sedangkan masa arwah hidup dia dipinggirkan. Fan itu mahu dikenali sebagai Atan berkata lagi kenapa pihak Amy dulu lepas tangan ke atas arwah, korang tinggalkan dia, susah payah arwah berjuang untuk kewangan dalam kesakitan, tengok sampai arwah meninggal korang tak tengok arwah sekarang korang jadikan arwah sebagai batu loncatan untuk claim apa saja.


Katanya lagi, "ingat tak Search disaman kerana batalkan konsert, korang declare Search bankrupt, Din dan Kid terus melangkah dan bertanggungjawap ke atas saman itu dan korang pergi mana masa tu, dah umum keluar dari Search buat apa nak terhegeh-hegeh lagi nak claim nama Search, satu dunia tahu yang korang keluar dari Search sebenarnya.


Dan ingat bila konsert kiddin ticket sold out korang macam dengki je kat dua beradik tu, ada jer isu yg korang gemparkan supaya peminat marah dgn kiddin, walhal semua isu tu korang yang panaskan, Kiddin tak pernah kacau korang malah respect dengan korang ada laaa.


Kid & Din gitaris legend hubungan sebagai adik beradik


Tolong jangan tamak, kami sedia teguh bersama Search tanpa Amy dan Nasir katanya lagi.




Sumber: Media Hiburan & Facebook


Baca juga: Tak sangka Que Haidar merupakan kerabat DiRaja, cicit kepada Tunku Kudin Raja Muda Kedah


Post a Comment

0 Comments