Bergelimpangan Kucing Mati Akibat Diracun Jiran, Lelaki luah Rasa Sedih

 


Tular episod duka seorang sahabat kita yang memelihara kucing telah terima berita sedih di atas kematian kucing-kucingnya. Cerita pemilik kucing ni dia tahu jadual masa bila kucing-kucingnya akan dikeluarkan dari sangkar, dan bila kena masuk, sebab masa masuk tu la waktu beraknya, mereka tak berak merata tempat. Beliau berkata demikian kerana sedih ada pihak menuduhnya perkara tidak betul, sekurang-kurangnya tanyalah dahulu, jadi postnya telah diedit update bagi menafikan tuduhan melampau.


Posting:


luahannya:

Tengah buat kerja repair laptop di kedai tiba tiba wife call bagitau teriak teriak Marble dengan Oren dah mati 😒 Rasanya macam kena racun masa lepaskan depa bermain pagi tadi. Sebab semua cergas ceria pagi tadi. Balik rumah anak anak dia yang minum susu badan semua mati sekali. Hiba sayu sebak semua ada. Tak pernah kehilangan sebanyak ni sebelum ni. Nak balik kebumikan anak anak kucing ni dulu. Marble dengan Oren dah takda 😭 Kesan emosi yang cukup teruk...down sangat rasa..


EDIT UPDATE: Disebabkan ramai komen kata mungkin berak merata rata,apa semua,disini saya nak jelaskan bahawa semua kucing kami dilepaskan secara berjadual iaitu selepas subuh dilepaskan untuk bermain dan jam 11pagi akan dibunyikan grill sebagai tanda untuk balik ke sangkar TANPA GAGAL. Sebab pada waktu ini mereka akan diberikan makanan dan berak serta kencing di dalam sangkar berpasir. Mereka tidak tahu nak berak atas simen mahupun lokasi lain walaupun berpasir sebab sudah dilatih. Sesi petang dilepaskan selepas asar dan dipanggil sebelum azan maghrib. Pun sama akan diberikan makanan juga. Kemudian esok pagi ulang rutin yg sama. Kedua,makanan kami sediakan berkilo kilo ikan segar setiap hari tanpa gagal. Dan yang ketiga,si pelaku telahpun hampir dikenalpasti dan kami ambil keputusan taknak berpanjangan sebab anak anak kucing itu tidak akan boleh hidup semula. Hanya akan wujudkan permusuhan sahaja nanti. Biarlah Allah tentukan. Banyak dah kejiranan disini yang syak orang yang sama. Bukti pun ada ternampak semalam cuma bila pagi ni dah takda. Cuma nak dakwa kena ada bukti kukuh kalau tak buang masa naik turun report sahaja. Tujuan post ini untuk berkongsi kesedihan dan jadikan pengajaran kepada pecinta kucing, masyarakat dan juga yang bencikan makhluk Allah ini. Bukan untuk salahkan sesiapa. Cuma nak kongsi kesedihan kami. Awalnya taknak buat edit post ni tapi bila tengok banyak komen berbaur tuduhan maka saya terpaksa edit. Lain kali yang suka menuduh tu siasat dahulu pada post post lain,jangan terus komen tanpa periksa. Kami dah buat apa yang mampu. Kami sudah didik kucing kucing kami. Maka usahlah ditambah garam pada luka πŸ’” terima kasih kepada yang kongsi dan komen berikan semangat dan kasih sayang πŸ™❤️😭







Post a Comment

0 Comments