Lelaki ini kongsi petua masuk TV secara percuma tanpa perlu bayaran ratusan ribu




Seorang lelaki bernama Afiq Nordin berkongsi tips bagaimana nak bersiaran di televisyen secara percuma dan tanpa mengeluarkan bayaran puluhan ribu. 

Segmen demo memasak dalam Wanita Hari Ini diadakan setiap hari Selasa sahaja. Penyertaan ini adalah sukarela tanpa sebarang bayaran antara satu sama lain.

Syarat yang perlu dilakukan adalah seperti berikut:
1. Perlu masak mengikut tema yang diberikan.
- Macam tadi temanya adalah Ikan Sardin. Jadi saya masak ikan sardin goreng berlado.




2. Tidak boleh menayang produk.
- Saya perlu taruk Sambal Minang Cili Lado dalam bekas lain yang tiada label.

3. Tidak boleh mempromosi produk.
- Saya tidak boleh bercerita tentang produk Cili Lado secara jelas.

4. Perlu sediakan beberapa juadah lain dari rumah dan tidak perlu ikut tema. Boleh masak juadah yang secara tidak langsung mempromosikan apa yang kita buat.
- Saya buat masakan yang dimasak dengan Sambal Minang Cili Lado iaitu Pizza Sardin, Telur Mata Masak Sardin Sambal dan Ikan Bilis & Kentang Goreng Sambal.

5. Tidak boleh memakai pakaian yang menampakkan sebarang jenama atau produk.
- Kalau tidak tadi saya mesti sudah pakai baju rasmi Cili Lado.
Seusai maghrib tadi saya ada berhubung dengan Kak Linda dan memaklumkan pada beliau yang ada beberapa rakan saya berminat untuk sertai demo memasak ini.

Saya cadangkan untuk buat satu dapatan maklumat melalui "Google Form" dan dari situ pihak produksi boleh memilih siapakah yang sesuai untuk dijemput mengikut tema yang ditetapkan.

"Kenapa saya beriya nak benda ini terjadi?"



Sebab saya nak tengok rakan-rakan saya yang lain juga dapat masuk tv tanpa perlu mengeluarkan kos yang sangat tinggi dan tentunya saya akan gembira sepertimana mereka gembira melihat saya sebentar tadi. Sedangkan abang pengawal keselamatan juga bersorak melihat saya tadi apabila tiba di kilang.

Kredit:Aifq Nordin, WHI,TV3

Post a Comment

0 Comments