Kami biasa tengok helikopter terbang rendah - Penduduk Lumut

 



LUMUT: "Kami di sini sudah biasa melihat helikopter terbang rendah kerana pekan ini hampir dengan Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut. Namun, semalam tidak kedengaran pula bunyi letupan".


Peniaga restoran ini yang hanya dikenali sebagai Jun menceritakan detik latihan bagi Sambutan Hari Ulangtahun Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-90 sebelum berlaku nahas dua helikopter TLDM yang mengorbankan nyawa 10 anggota, semalam.


Beliau berkata, ketika itu beliau berada di restorannya di pekan Lumut dan mendengar bunyi helikopter terbang rendah dalam jam 9 pagi dan hal itu sudah dianggap biasa bagi penduduk setempat.


Katanya, semalam beliau dan beberapa pekerjan teruja melihat helikopter secara dekat, keluar dari premis restoran, namun tidak melihat sebarang kejanggalan.


"Dua helikopter itu terhempas di kawasan yang agak jauh ke dalam pangkalan TLDM membuatkan saya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku sehinggalah maklumat ditularkan di kumpulan WhatsApp," katanya.


Beliau berkata, restoran yang diusahakan sering dikunjungi pelanggan dalam kalangan anggota TLDM namun sukar untuk beliau mengecam sama ada antara 10 anggota yang terkorban itu pelanggannya.


Sumber: Berita Harian

Post a Comment

0 Comments