Patah hidung dipukul ketika dating dengan suami! Rupanya si penyondol berang, tak tahu bercinta dengan laki orang

 


Bagai menjadi satu perkara biasa pada masa kini apabila golongan isteri membuat pendedahan mengenai suami mereka yang curang.


Bagi golongan suami pula, kebanyakannya suka menggunakan alasan berdepan masalah rumah tangga jika hubungan terlarang mereka dengan wanita lain terbongkar.


Seperti yang berlaku kepasa seorang wanita, dia mendedahkan di laman X bagaimana dirinya ditimpa nasib malang  apabila terpaksa ditahan di wad gara-gara sikap suaminya.


Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti diri itu, kecurangan terbongkar sewaktu dia dan suami sedang meluangkan masa bersama baru-baru ini.


Seorang wanita dibelasah teruk sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital. Gambar hiasan


"Saya sangat memerlukan beberapa pendapat dan titipan doa daripada semua.


"Beberapa hari lalu, saya disergah oleh beberapa wanita masa tengah dating dengan suami sendiri," ujarnya memulakan bicara.


Namun, dengan tidak semena-mena dia dihampiri dan salah seorang daripada mereka bertindak agresif dengan memukulnya.


Akibat dibelasah walau tidak tahu apa puncanya, dia mengalami kecederaan serius.


"Perempuan itu terus lempang dan belasah syaa. Dia lempang suami saya juga tapi saya lebih teruk," katanya.


Selepas itu barulah dia tahu bahawa suaminya selama ini berlagak bujang dan mempunyai hubungan sulit dengan perempuan yang telah memukulnya.


"Rupa-rupanya suami saya yang curang dekat belakang saya dengan perempuan tu dan perempuan tu ingatkan saya yang 'penyondol'.


"Sekarang saya dimasukkan ke hospital sebab hidung sudah patah. Tolong doakan saya supaya cepat sembuh dan mampu lalui semua ini", ujarnya.


Luahan pengadu yang dikongsi menerusi ciapan itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata bersimpati dengan nasibnya.


 " Mahkamah Syariah boleh menjatuhkan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali. - Majlis Agama Islam Selangor


Dalam pada itu, beberapa warga maya turut memberikan cadangan agar dia mengambil tindakan lanjut untuk memberi pengajaran kepada pelaku.


"Wow belum jadi isteri lagi pun boleh serang belasah orang. Entah apa la suami awak cakap dan janji pada perempuan tu. Entah apa la dia fitnah sampai yakin datang-datang belasah sampai patah hidung.


"Laporkan kepada polis dan saman sivil. Patah hidung kot. Kau saman sampai perempuan tu tinggal bra dan seluar dalam je sebab cedera dan malukan kau. Lepas tu kau buat laporan orang ketiga.


"Eh perempuan tu datang-datang main lempang orang pula. Cuba tanya dulu siapa perempuan ni, barulah lelaki tu kena lempang dua kali. Tak kan tak pernah tengok drama kot. Tak pasal-pasal pengadu masuk hospital," komen beberapa nerizen.


Antara komen pada hantaran tersebut.


Menurut Majlis Agama Islam Selangor, terdapat undang-undang syariah bagi mereka yang cuba menjadi penganggu atau orang ketiga dalam keharmonian rumah tangga orang lain.


Mahkamah Syariah boleh menjatuhkan hukuman penjara tidak melebih tiga tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.


Selain itu, mahkamah juga boleh memerintahkan lelaki atau perempuan itu supaya kembali kepasa isteri atau suaminya.


Kesalahan tersebut diletak di bawah Enakmen 11 Tahun 2023-Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 (Bahagian V-Kesalahan Pelabagai).

Post a Comment

0 Comments