Tiga jam JAWI tunggu, akhirnya Alif Aziz buka pintu rumah milik pelakon wanita


Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) terpaksa menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz dan pasangannya pelakon wanita enggan membuka pintu unit sebuah kondominium mewah, di ibu negara, awal pagi tadi.


Difahamkan, Aliff akhirnya akur selepas bomba mahu memecahkan pintu jika mereka enggan memberikan kerjasama selepas hampir tiga jam pasukan penguat kuasa Jawi berada di depan rumah milik pelakon wanita terbabit.




Dalam operasi yang bermula kira-kira jam 10.30 malam tadi itu, pasukan penguat kuasa Jawi tiba dengan dua van.


Pasangan itu kemudian dibawa ke pejabat Jawi dengan menaiki sebuah kenderaan lain untuk proses selanjutnya.


Terdahulu, adik kepada pelakon, Bella Astillah iaitu Didi Astillah mengesahkan abang iparnya, Aliff Aziz adalah individu yang dicekup berkhalwat dengan seorang pelakon wanita.


Kredit: Harian Metro

Post a Comment

0 Comments