B*nuh lebih 14,000 kanak-kanak: 'Isr*el sudah atasi Hitler' - Erdogan

 


ANKARA: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoga, berkata Isr*el sudah pun mengatasi kekejaman pemimpin Nazi, Adolf Hitler apabila memb*nuh lebih 14,000 kanak-kanak tidak berdosa di Gaza.


Katanya, dengan sokongan tanpa syarat dari Barat, Isr*el melakukan pemb*nuhan beramai-ramai yang menjadi tanda memalukan dalam sejarah manusia, baik di Gaza dan Tebing Barat, kata Erdogan pada mesyuarat kumpulan Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) di Parlimen Turkiye.


"Tiada siapa yang boleh mempersoalkan sensitiviti Turkiye terhadap isu P*lestin, perjuangan P*lestin memberi makna baharu dalam hidup saya.


"Selagi Tuhan memberi saya nyawa, saya akan terus mempertahankan perjuangan P*lestin dan akan menjadi suara rakyat P*lestin yang tertindas," katanya.


Membandingkan perjuangan kumpulan Hamas dengan Perang Kemerdekaan Turkiye lebih 100 tahun lalu, Erdogan berkata pihaknya sedar  bahawa ada harga yang perlu dibayar untuk mengatakan perkara itu.


Erdogan turut memberitahu bagaimana 15 tahun lalu pada Forum Ekonomi Dunia 2009 di Davos, Switzerland, beliau mencabar kepemimpinan Israel dan penindasannya terhadap rakyat P*lestin, dalam pertemuan yang menjadi tular, dengan membantah 'Satu minit!'


"Apabila tiada orang lain akan bercakap, kami berdiri dan berkata Hamas bukan organisasi pengg*nas, tetapi kumpulan penentang. Kami membentangkan peta di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menunjukkan bagaimana Isr*el secara beransur-ansur menduduki tanah P*lestin sejak 70 tahun lalu.


"Kami berdiri di sisi saudara dan saudari Palestin kami dalam segala hal, terutama ketika masa yang paling sukar. Kami juga sudah mengerahkan semua sumber kami untuk P*lestin, untuk rakyat Gaza yang tertindas," tegas Erdogan.


Erdogan mengulangi keazaman Turkiye untuk berani mempertahankan perjuangan P*lestin untuk kemerdekaan dalam apa jua keadaan.


Sejak serangan rentas sempadan 7 Oktober oleh Hamas yang mengorbankan kira-kira 1,200 orang, Isr*el melancarkan s*rangan tanpa henti ke atas Gaza, meragut nyawa hampir 34,000 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak serta mencederakan hampir 77,000 yang lain. 


Sumber: Berita Harian

Post a Comment

0 Comments