Datuk Red tertunduk sayu lepas lafaz talak satu, Datuk Red dan Adira sah bercerai


Ikatan perkahwinan sembilan tahun di antara usahawan Datuk Adnan Abu dan penyanyi Adira akhirnya terlerai apabila pasangan itu sah bercerai talak satu pagi Rabu.


Lafaz itu Adnan, 46, di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar sekitar pukul 9.45 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang Selangor.


"Bahawa saya Adnan Abu menceraikan Adira Suhaimi dengan talak satu," lafaznya.




Adnan atau Datuk Red kelihatan sugul dan tertunduk sayu selepas melafazkan cerai manakala Adira pula kelihatan tenang.


Dalam masa sama, Adira juga bersetuju untuk tidak menuntut sebarang nafkah terhadap Adnan.


Adnan hadir ke mahkamah ditemani peguam Muhammad Akmal Azman manakala Adira bersama peguamnya, Norman Saidah Zakaria.


Pada 25 Oktober lalu, Adira menfailkan cerai terhadap Adnan di mahkamah sama atas alasan tiada lagi persefahaman.


Untuk rekod, Adira pernah menfailkan permohonan cerai terhadap Adnan pada 1 April 2019 namun menarik bagi memberi peluang kepada suami selain cuba berbaik demi anak-anak.


Permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.




Adiran dan Adnan berkahwin di Songkhla Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.


Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek,6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob yang kini berusia setahun.

Post a Comment

0 Comments