Giliran Sophia Albarakbah pula Sarah Yasmine londehkan - Rupanya masih berhubung dengan Aliff Aziz




Nampaknya kisah atau gosip tentang hubungan Aliff Aziz dan beberapa orang wanita masih lagi belum reda kerana terbaru, kekasih Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine kali ini telah mendedahkan perbualan antara Aliff Aziz dan pelakon, Sophia Albarakbah pula yang kini sedang popular dengan drama Lelaki Itu.


Sarah Yasmine telah mendedahkan perbualan antara kedua-dua individu itu yang telah berhubung menerusi Instagram DM.


Untuk pengetahuan anda, Aliff Aziz dan Sophia Albarakbah sebelum ini memang pernah dikaitkan bersama pada tahun lalu kerana pada ketika itu, kedua-dua pelakon ini berlakon bersama dalam sebuah drama yang sama.

Namun, dalam gambar perbualan Aliff dan Sophia yang telah didedahkan oleh Sarah Yasmine, dapat dilihat bahawa Aliff dan Sophia masih lagi berhubung menerusi DM Instagram pada hujung bulan Mac lalu.







Difahamkan, Sarah Yasmine mengatakan dia bukan sengaja mahu mendedahkan perbualan antara Aliff dan Sophia namun dia mempunyai sebab yang tersendiri.


Korang boleh baca kenyataan dari Instagram Story Sarah Yasmine ini untuk lebih faham. 


Sarah Yasmine juga turut mendedahkan perbualan antara Aliff Aziz dan Sophia pada 26 Mac lalu di mana menerusi perbualan tersebut, dapat dilihat Sophia seperti memberi kata-kata semangat kepada Aliff.


Dalam perbualan pada 27 Mac pula, dapat dilihat Aliff telah memanggil Sophia dengan panggilan ‘Yang’.


Sarah Yasmine turut mengatakan Sophia telah menipu orang ramai dan menimbulkan imej buruk kepada Bella. Ramai yang telah mengecam Bella, dan mengatakan Bella terlalu overthingking tentang hubungan  Sophia dan suaminya





Kredit: instagram Sarah Yasmine




Post a Comment

0 Comments